62) PROGRAM WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang yang telah digunakan untuk program 'Jom Shopping' dan berapa orangkah yang telah menerimanya?
-
Mengapakah program Jom Shopping melibatkan hanya mereka yang tertentu sahaja dan tidak meluas?
-
Apakah kerajaan bercadang mengadakan program lain untuk manfaat kesihatan warga emas misalnya?
62) TANAH RIZAB UNTUK SEKOLAH, PASAR, BALAI POLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai lokasi tanah-tanah rizab untuk sekolah, pasar dan balai polis di Selangor.
-
Dimanakah tanah gantian untuk tapak sekolah sebelah Taman Bukit Segar, Ampang?
62) INDUSTRI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Dengan meningkatnya minat generasi muda dengan industri pertanian, apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan tapak-tapak pertanian serta sistem sokongan yang diperlukan termasuk benih, baja serta pemasaran hasil pertanian itu?
62) TAPAK RIZAB TEMPAT BERIBADAT ISLAM DAN TEMPAT BERIBADAT SELAIN DARIPADA ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan pelan terkini mengikut daerah serta maklumat lokaliti tepat tapak rizab tempat beribadat Islam dan tempat beribadat selain daripada Islam di Selangor
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor supaya memastikan terdapat tapak yang mencukupi untuk tempat beribadat Islam dan tempat beribadat selain Islam?
62) MEDIA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi media Selangor dari tahun 2018 sehingga sekarang? (sebagai contoh, bilangan "views" atau "follower" TVSelangor, bilangan pembaca surat khabar Selangorku dan lain-lain)
-
Apakah rancangan kerajaan kepada media selangor supaya mesej kerajaan dapat disebarkan dengan lebih berkesan?
62) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Mengapa projek Sungai Penchala (dekat SS2 Mall) terlalu lambat belum diselesaikan?
-
Mengapa projek Sungai Kayu Ara untuk mengatasi masalah banjir Kampung Chempaka (Jln PJU1/4) tidak dimulakan lagi?
-
Mengapakah JPS Selangor tidak mengambil tindakan segera untuk (a) dan (b)?
62) PEMBINAAN BONGGOL JALAN UNTUK JALAN-JALAN JKR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi untuk membina bonggol-bonggol di jalan negeri dan jalan persekutuan yang diselenggara oleh JKR?
-
Apakah spesifikasi pembinaan bonggol ini? Lampirkan lukisan spesifikasinya
-
Apakah anggaran jabatan untuk membina setiap satu bonggol jalan ini mengikut spesifikasi ini?
62) MASALAH PENCEMARAN BERLAKU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi Kerajaan Selangor untuk menangani masalah pencemaran berlaku akibat pembangunan projek lebuhraya atau projek pembangunan TNB?
-
Apakah polisi Kerajaan Selangor memastikan alam sekitar Selangor tidak dicemari seperti air sungai?
62) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pengalihan utiliti untuk Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10 selepas lawatan ICU JPM pada 30 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemilik tanah kerana projek pelebaran ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
62) PERLANTIKAN PENYELIA WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Bilakah pelantikan penyelia wanita berdaya (PWB) akan dilaksanakan?
-
Berapa elaun atau gaji bulanan yang akan dibayar kepada PWB?
-
Apakah KPI atau sasaran kerja setiap PWB yang dilantik?
