62) MASALAH PENCEMARAN BERLAKU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi Kerajaan Selangor untuk menangani masalah pencemaran berlaku akibat pembangunan projek lebuhraya atau projek pembangunan TNB?
-
Apakah polisi Kerajaan Selangor memastikan alam sekitar Selangor tidak dicemari seperti air sungai?
62) KELAB GEMS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Kelab Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) di setiap daerah Selangor. Setakat ini berapakah jumlah kelab GeMS yang ditubuhkan dan keahliannya?
-
Apakah bentuk program yang akan dilaksanakan?
62) KOS RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebuah rumah prihatin yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?
-
Berapakah rumah di bawah skim ini yang telah di bina sejak 2013?
62) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pengalihan utiliti untuk Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10 selepas lawatan ICU JPM pada 30 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemilik tanah kerana projek pelebaran ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
62) TAPAK REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Kekurangan tempat rekreasi di kawasan perumahan kos rendah menimbulkan masalah tambahan. Di manakah tapak rekreasi bagi PJS 1-4 yang dikenal pasti sebagai tapak baru?
62) JUMLAH PELAJAR DI SEKOLAH SEKOLAH RENDAH DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah keseluruhan pelajar di SK Telok Gadong, SK Sg Udang, SK Telok Pulai (tidak termasuk prasekolah), SRI Farabi.
-
Nyatakan jumlah pelajar di SRA Kpg Delek, SRA Sg Udang, KAFAI Darul Ulum, KAFAI Al Hidayah, KAFAI Telok Gadung.
62) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang dibawa akibat pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
62) RAWATAN PROSTAT DAN SAKIT TUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan skim atau program rawatan untuk kaum lelaki yang menghadapi masalah prostat dan sakit tuan?
-
Jumlah pesakit prostat dan sakit tuan yang mendapat rawatan di hospital Kerajaan di Negeri Selangor bagi 3 tahun lepas.
62) ISU JALAN TANPA GAZET DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menggezetkan jalan-jalan kampung atas tanah persendirian yang telah lama digunakan sebagai jalan awam bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut?
-
Jika ya, nyatakan perancangannya
-
Jika tidak, nyatakan langkah-langkah Kerajaan.
62) RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah peserta rumah bantuan Kerajaan Prihatin sejak 3 tahun yang lepas mengikut pecahan daerah.
-
Sila kemukakan secara terperinci jumlah dana dan senarai penaja utama
-
Apakah perancangan yang holistik bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri?
