62) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN TUAN SPEAKER DAN PUAN TIMBALAN SPEAKER DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun Speaker dan Timbalan Speaker?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan-jawatan yang disandang?
-
Apakah nilai kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Speaker dan Timbalan Speaker?
62) MAJLIS PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah status penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor dan apakah peranan yang akan dimainkan oleh badan ini untuk membangun satu dasar menyeluruh berkenaan pengangkutan awam di Negeri Selangor ?
-
Apakah program rebet pengangkutan awam kepada kakitangan Kerajaan Negeri telah dilaksanakan ?
62) KUTIPAN CUKAI OLEH MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai hasil kutipan cukai dan lain-lain hasil yang dikutip oleh Majlis Perbandaran Klang?
-
Berapakah nilai yang dipungut dari hasil cukai dan lain-lain di kawasan DUN Meru termasuk cukai kilang-kilang dan perumahan?
-
Berapakah nilai yang diperuntukkan tahun 2009 untuk pembangunan DUN Meru?
62) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima insentif perkahwinan belia sejak diwujudkan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah insentif pada masa hadapan?
62) AKTIVITI ANAK SYARIKAT KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak syarikat kepunyaan kerajaan Selangor?
-
Bagaimanakah prestasi yang dicapai sejak 3 tahun lepas?
-
Apakah status kewangan syarikat ini?
62) PROJEK SELANGOR HALAL HUB, PULAU INDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan status terkini dan prestasi projek?
-
Nyatakan jumlah nilai pelaburan yang telah diterima?
-
Apakah strategi dalam memastikan projek ini memberi impak besar dalam perdagangan antarabangsa?
62) STATISTIK BUNUH DIRI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik kes bunuh diri di Selangor bagi tahun 2018 mengikut pecahan DUN?
-
Bagi kes bunuh diri yang tidak berjaya (iaitu di mana mangsa tidak meninggal dunia), berapakah kes yang didakwa di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574)?
62) MAKLUMAT TAMAN REKREASI AWAM DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua lokasi-lokasi taman rekreasi awam bawah DUN Bandar Utama bersertakan inventori penaiktarafan oleh PBT di taman-taman tersebut sejak tahun 2013 sehingga kini.
62) PORTAL BERSEPADU LAMAN WEB ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana oleh laman-laman web setiap ADUN di semua DUN seluruh Selangor?
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan lamanlaman web ini sebagai satu portal penerangan bersepadu?
-
Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemaskini laman-laman web ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?
62) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berpuashati dengan prestasi perkhidmatan WIFI Selangorku?
-
Mengapakah khidmat WIFI Selangorku ini masih terlalu kurang di kawasan luar bandar khususnya di Kawasan Permatang?
