63) RIZAB TUNAI KERAJAAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah rizab dan tunai kerajaan Selangor telah simpan sampai bulan Oktober 2012

  2. Ada apa rancangan dari kerajaan untuk menggunakan rizab dan tunai tersebut?

  3. Berapakah faedah dari bank yang kerajaan dapat secara purata jika rizab dan tunai tersebut disimpan dalam bank. Sila senaraikan mengikut tahun.

63) PUSAT HIBURAN HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah pusat hiburan berlesen yang beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti dakwaan tentang wujudnya pusat hiburan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan?

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil bagi membanteras kegiatan pusat hiburan haram.

63) FAHAMAN ISLAM LIBERAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Akhir-akhir ini ini terdapat fahaman Islam Liberal yang boleh mengancam fahaman sebenar Islam berteras ahli sunnah wal jemaah. Apakah pendirian kerajaan negeri berhubung fahaman Islam Liberal?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah penularan fahaman Islam Liberal di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bidang kuasa dan penguatkuasaan yang boleh dilakukan JAIS dalam mengekang fahaman Islam Liberal?

    Klik jawapan »

63) MASALAH RUMAH KOS RENDAH TELOK GEDONG INDAH, PORT KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Seramai 90 keluarga yang menduduki dua buah blok A&B Pangsapuri Telok Gedong Indah, Jalan Sama Gagah 18/DKS Taman Telok Gedong Indah 42000 Pelabuhan Klang merana kerana keretakan rumah yang amat teruk . Kerosakan dan keretakan wujud sejak sebelum mereka menduduki rumah tersebut . Isu mereka telah dibawa ke perhatian Majlis Perbandaran Klang dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah para penduduk Rumah Kos Rendah ini ?

63) SKIM CERIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Berapa bilangan permohonan Skim Ceria pada tahun 2017 dan 2018 yang diluluskan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah statistik bagi pembayaran kos baikpulih oleh JMB/ MC/ Persatuan Penduduk bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut DUN?

    Klik jawapan »

63) PREMIS HARAM, PUSAT HIBURAN DAN RUMAH URUT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapa premiskah yang telah diambil tindakan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana proses tindakan merampas premis dilakukan?

    Klik jawapan »

63) KEMUDAHAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menaik taraf kemudahan atau perjalanan kaki untuk orang kurang upaya pada tahun ini?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan projek-projek tersebut mengikut kawasan dan kos untuk setiap projek.

    Klik jawapan »

63) PEMBINAAN PERUMAHAN BARU KAMPUNG ORANG ASLI

Tahun:

Sesi:

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan projek pembinaan perumahan baru di kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor dan tahap kesediaan projek tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan peratus penghunian (occupancy rate) bagi projek yang telah siap.

    Klik jawapan »

63) TANAH PERTANIAN KONTAN DI SUNGAI KERAMBU, KUALA LANGAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan untuk memutihkan tanah-tanah pertanian kontan yang telah diusahakan oleh para petani di kawasan Hutan Simpanan Sungai Kerambu, Kuala Langat Selatan?

    Klik jawapan »

63) ENAKMEN PUSAT HIBURAN DAN PUSAT SIBER

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi menangani pusat-pusat siber yang kini menjadi sarang judi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat cadangan menggubal Enakmen Pusat Hiburan dan Pusat Siber bagi mengawal serta mencegah masalah pusat-pusat tidak sah tersebut?

    Klik jawapan »