63) PUSAT HIBURAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pusat hiburan berlesen yang beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri mengenal pasti dakwaan tentang wujudnya pusat hiburan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil bagi membanteras kegiatan pusat hiburan haram.
63) SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapa bilangan permohonan Skim Ceria pada tahun 2017 dan 2018 yang diluluskan?
-
Apakah statistik bagi pembayaran kos baikpulih oleh JMB/ MC/ Persatuan Penduduk bagi tahun 2017 dan 2018 mengikut DUN?
63) ELAUN, TUNTUTAN DAN BONUS AHLI-AHLI LEMBAGA TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli-ahli Lembaga TSSB.
-
Berapakah elaun dan tuntutan bulanan setiap Ahli Lembaga TSSB bagi tahun 2008 dan 2009?
-
Berapakah bonus, jika ada, yang diterima oleh setiap Ahli Lembaga TSSB bagi tahun 2008 dan 2009?
63) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu kebajikan pekerja-pekerja ladang yang telah diambil alih ladang mereka untuk dikomersialkan?
-
Jika ada, apakah bentuk kebajikan tersebut?
63) RIZAB TUNAI KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah rizab dan tunai kerajaan Selangor telah simpan sampai bulan Oktober 2012
-
Ada apa rancangan dari kerajaan untuk menggunakan rizab dan tunai tersebut?
-
Berapakah faedah dari bank yang kerajaan dapat secara purata jika rizab dan tunai tersebut disimpan dalam bank. Sila senaraikan mengikut tahun.
63) DASAR DAN PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Selangor
63) PEMBINAAN PERUMAHAN BARU KAMPUNG ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek pembinaan perumahan baru di kampung-kampung Orang Asli di Negeri Selangor dan tahap kesediaan projek tersebut.
-
Senaraikan peratus penghunian (occupancy rate) bagi projek yang telah siap.
63) FAHAMAN ISLAM LIBERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Akhir-akhir ini ini terdapat fahaman Islam Liberal yang boleh mengancam fahaman sebenar Islam berteras ahli sunnah wal jemaah. Apakah pendirian kerajaan negeri berhubung fahaman Islam Liberal?
-
Sejauh manakah penularan fahaman Islam Liberal di Selangor?
-
Apakah bidang kuasa dan penguatkuasaan yang boleh dilakukan JAIS dalam mengekang fahaman Islam Liberal?
63) TANAH PERTANIAN KONTAN DI SUNGAI KERAMBU, KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan untuk memutihkan tanah-tanah pertanian kontan yang telah diusahakan oleh para petani di kawasan Hutan Simpanan Sungai Kerambu, Kuala Langat Selatan?
63) PENJAGAAN KAWASAN TADAHAN HUJAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan terhadap pengusaha-pengusaha chalet dan peniaga-peniaga yang beroperasi di tepi sungai yang didapati mengotor saluran punca air, terutama di Sungai Lui, Pangsoon dan Sungai Tekali?
