63) Pengurusan Empangan Klang Gate
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Dalam konteks pengurusan Empangan Klang Gate: - Apakah hubungan antara entiti-entiti berikut: PAAB, SPAN, Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, LUAS dan JPS?
-
Apakah peranan JPBD, Jabatan Perhilitan Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor?
63) PERMOHONAN PEMBATALAN PERWARTAAN SEBAHAGIAN TANAH RIZAB DAN PENGGANTIAN KAWASAN LAPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah status penggantian kawasan lapang di Lot 38163, Daerah Petaling di Jalan PJS 7/13 dengan sebahagian tanah kerajaan di PJS 9 bersebelahan Lot 64681 (PN 17395) Mukim Damansara, Daerah Petaling?
63) TOL DI MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah TOL yang di pohon oleh MPAJ pada tahun 2010 sampai Jun 2011?
-
Berapakah telah dilulus dan berapakah ditolak. Sila mengemukakan satu jadual mengikut tujuan kegunaan TOL , nama pemohon/pertubuhan pemohon dan harga yang perlu dibayar.
63) TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah tahap penggunaan Internet jalur lebar (broadband) di setiap daerah di Selangor pada tahun 2008?
-
Adakah kerajaan Selangor akan mensyaratkan setiap pemaju untuk memasang talian fibre optic di setiap projek perumahan untuk membantu merang sangkan penggunaan broadband di Selangor?
63) PENGELUARAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Sejak mula beroperasi berapa jumlah produksi pasir telah dikeluarkan oleh kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Semesta Sdn Bhd?
-
Berapa pula pulangan keuntungan yang diperoleh oleh Semesta Sdn Bhd?
64) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2
-
Nyatakan jumlah peningkatan kos pembinaan Projek Langat 2
64) NOTIS 8A KANUN TANAH NEGARA 1965
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah Notis 8A yang dikeluarkan dan berapakah jumlah tanah yang berjaya dirampas sejak 2010-2014 mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan keberkesanan kaedah ini dalam konteks memungut hasil cukai tanah yang tertunggak ?
64) Rizab Kerajaan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun disatukan dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga Oktober Tahun 2020?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2019 dan sehingga Oktober 2020 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
64) STATUS PERMOHONAN STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status pendaftaran hakmilik sambungan bagi kelulusan penyatuan tanah PN 8623 Lot 49360 Mukim Petaling dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara.
-
Sila nyatakan status permohonan strata untuk dua-dua bidang tanah tersebut.
64) SEKTOR PERIKANAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah bilangan nelayan persisiran pantai di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?
-
Sila kemukakan jumlah bilangan nelayan permit B yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum serta kenapa permohonan mengupah pekerja masih tidak dibenarkan ?
-
Sila nyatakan secara detail apakah masalah dan cabaran utama perikanan serta sumbangan terhadap ekonomi Negeri Selangor ?
