64) STATUS PERMOHONAN STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status pendaftaran hakmilik sambungan bagi kelulusan penyatuan tanah PN 8623 Lot 49360 Mukim Petaling dengan PM 130 Lot 37563 Mukim Damansara.
-
Sila nyatakan status permohonan strata untuk dua-dua bidang tanah tersebut.
64) LOMBONG PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pemegang permit bagi lombong-lombong pasir di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN.
-
Nyatakan laporan serta tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan terhadap kegiatan lombong pasir haram di daerah Petaling sejak tahun 2008.
-
Nyatakan garis panduan bagi memastikan kegiatan lombong pasir tidak akan menjejaskan alam sekitar.
64) PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar peratus buta huruf di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pelajar yang tercicir persekolahan di Negeri Selangor?
-
Berapakah kadar peratus dan jumlah pencapaian lulus akademik dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 201O?
64) PEMBINAAN BALAI BOMBA & PENYELAMAT BHARU JENJAROM, TELOK PANGLIMA GARANG, DAERAH KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nombor lot tanah, lokasi, keluasan tapak pembinaan, jumlah kos pembinaan dan masa mula dan siapkan sebuah balai bomba dan penyelamat baru di Jenjarom, Telok Panglima Garang, daerah Kuala Langat, Selangor
64) TAMBAHAN PERUNTUKAN PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Selangor bercadang menambahkan peruntukan pendidikan kepada sekolah untuk menampung keperluan yang semakin meningkat?
64) MAKLUMAT PROGRAM IPR BAWAH KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan program-program IPR yang terkini dan terbaru di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila senaraikan jumlah pemohon untuk setiap program tersebut seterusnya jumlah yang berjaya berdaftar menjadi penerima untuk setiap program tersebut di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila senaraikan jumlah pemohon untuk setiap program tersebut seterusnya jumlah yang berjaya berdaftar menjadi penerima untuk setiap program tersebut di bawah DUN Bandar Utama.
64) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah konsep pembelajaran di maahad ini?
-
Bagaimanakah peruntukan kewangan untuk membina maahad ini?
64) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2
-
Nyatakan jumlah peningkatan kos pembinaan Projek Langat 2
64) MENGHADAPI CABARAN MASYARAKAT MENUA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah unjuran populasi warga emas di Negeri Selangor mengikut DUN?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menghadapi cabaran masyarakat menua?
-
Senaraikan program kebajikan Kerajaan Negeri khas untuk warga emas.
64) INDUSTRI PELANCONGAN DI KAWASAN BATANG KALI APAKAH RANCANGAN MASA DEPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Industri pelancongan di kawasan Batang Kali begitu pesat membangun. Pelbagai tempat-tempat pelancongan yang ada seperti Kawasan Perkelahan Sungai Sendat, Kolam Air Panas Sungai Tamu dan sebagainya. Apakah Rancangan masa depan Industri berkenaan ?
-
Adakah kawasan ini dipromosikan atau diiklankan supaya dapat menarik lagi pengunjung dan pelancong datang ke kawasan Batang Kali ?
