65) TRAFIK DAN PENGURUSAN LALULINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memperbaiki sistem pengurusan trafik menerusi Pelan Induk Pengurusan Trafik Selangor
-
Minta nyatakan status terkini projek lebuh raya bermasalah seperti projek lebuh raya KIDEX
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan jaringan pengangkutan yang mengutamakan kepentingan rakyat
65) PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah pencapaian dalam usaha pembasmian kemiskinan, terutama sekali golongan OKU dan warga emas. Mereka sukar nak dapat kerja, majikan tidak sudi upah, peluang pekerjaan tipis dan pilihan terhad. Adakah galakan sara diri ini setara dengan sikap dan suasana kemasyarakatan sekarang ?
65) PENURAPAN JALAN LUAR BANDAR DESA & KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca dan sebab permohonan menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap kawasan jalan / lorong / lorong belakang rumah di sekitar luar bandar, desa dan kampung tidak dibenarkan? Sedangkan kewujudan sebahagian besar kawasan perkampungan bermula sebelum zaman kemerdekaan Malaysia
-
Apakah keputusan yang diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengenai permohonan yang dihantar untuk menurap jalan, lorong dan lorong belakang rumah kawasan Kampung Telok Datok, Kampung Fatimah, Kampung Sungai Sedu, dan juga permohonan lot-lot tanah jalan persendirian yang telah dihantar?
-
Mengapakah proses pertimbangan dan keputusan memakan masa yang terlalu lama?
65) KAWASAN REKREASI SEKSYEN 2, BANDAR BUKIT MAHKOTA TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kawasan rekreasi di Seksyen 2, Bukit Mahkota terbiar dan dinaiki semak samun. Mengapakah kawasan rekreasi di Seksyen 2 Bukit Mahkota yang mempunyai kolam tadahan air terbiar?
-
Penduduk sukar membuat aduan. Syarikat manakah yang bertanggungjawab sekarang?
-
Mengapakah pihak berkuasa tidak memaksa pihak pemaju memberi perhatian pada kawasan rekreasi berkenaan?
65) KAMPUNG BAGAN CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kampung-kampung Bagan Cina yang terdapat di Negeri Selangor dan senaraikan nama-nama kampung tersebut ?
-
Sila nyatakan status pemilikan tanah penduduk kampung-kampung tersebut ?
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan hak milik kekal kepada mereka ?
65) ZON BERSIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengaktifkan semula program zon bersih sebagai usaha membersihkan kawasan-kawasan hotspot didalam Negeri Selangor?
-
Apa perancangan kerajaan tentang program zon hijau dan negeri hijau?
65) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan tersebut?
-
Sila nyatakan pihak manakah yang cuba berdolak-dalik dslam proses rundingan tersebut?
-
Sila senaraikan secara terperinci keseluruhan aset air yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri yang selama ini tidak dikira oleh Kerajaan yang lepas?
65) KEBERKESANAN USAHA MEMBASMI DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan Exco Kesihatan tentang status terkini isu denggi di Selangor.
-
pakah keberkesanan tindakan yang telah diambil akibat peningkatan kes denggi di Selangor?
65) STATUS PROJEK RUMAH SELANGORKU, TAMAN UKAY INDAH, SUNGAI SERING
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek rumah Selangorku, Taman Ukay Indah, Sungai Sering selepas majlis pecah tanah yang diadakan pada 22 Februari 2014?
-
Bilakah para pembeli boleh menduduki kediaman Rumah Selangorku tersebut?
65) KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan bersepadu kerajaan negeri bagi mengurangkan perbezaan pendapatan antara golongan miskin dan kaya di Negeri Selangor?
-
Senaraikan kadar kemiskinan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2008- 2012.
