65) HAKMILIK TANAH KAMPUNG FATIMAH, BANDAR SUNGAI EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sekumpulan 37 isi rumah India yang menetap di Kampung Fatimah, Bandar Sungai Emas pernah memohon untuk diberi hakmilik tanah untuk rumah mereka beberapa antara tahun 2008 hingga 2013. Apakah status terkini?
65) PROJEK PEMBINAAN SELAYANG STARCITY MALL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Projek Selayang StarCity Mall telah berhenti melebihi setahun. Apakah rancangan Pihak Berkuasa Negeri untuk memastikan projek tersebut tidak akan terbengkalai?
-
Adakah Pemaju yang sama mempunyai projek pembangunan yang lain dalam Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menyenaraihitamkan pemaju Selayang StarCity Mall sekiranya projek Selayang StarCity Mall dibukti terbengkalai?
65) TRAFIK DAN PENGURUSAN LALULINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memperbaiki sistem pengurusan trafik menerusi Pelan Induk Pengurusan Trafik Selangor
-
Minta nyatakan status terkini projek lebuh raya bermasalah seperti projek lebuh raya KIDEX
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk mewujudkan jaringan pengangkutan yang mengutamakan kepentingan rakyat
65) RUMAH TERBENGKALAI ATLAW SDN BHD DI SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memulihkan projek terbengkalai tersebut?
-
Jika ya, sila nyatakan tindakan yang sudah, sedang atau yang akan diambil bagi memulihkan projek tersebut..
65) SEKTOR PELANCONGAN DALAM KRISIS COVID19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana PKP telah menjejas industri pelancongan Negeri Selangor?
-
Berapakah hotel telah ditutup disebabkan krisis Covid19 sejak perlaksanaan PKP?
65) MYSEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan permohonan yang diterima sejak Januari 2023 dan bilangan kes yang diselesaikan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mempercepatkan penyelesaikan kes kewarganegaraan?
65) JUMLAH PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai peruntukan pendidikan telah diagihkan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah UEC dalam tahun 2013-2016
-
Sila kemukakan senarai penerima-penerima berserta jumlah diberikan untuk jawapan (a).
65) PENURAPAN JALAN LUAR BANDAR DESA & KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca dan sebab permohonan menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap kawasan jalan / lorong / lorong belakang rumah di sekitar luar bandar, desa dan kampung tidak dibenarkan? Sedangkan kewujudan sebahagian besar kawasan perkampungan bermula sebelum zaman kemerdekaan Malaysia
-
Apakah keputusan yang diambil oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat mengenai permohonan yang dihantar untuk menurap jalan, lorong dan lorong belakang rumah kawasan Kampung Telok Datok, Kampung Fatimah, Kampung Sungai Sedu, dan juga permohonan lot-lot tanah jalan persendirian yang telah dihantar?
-
Mengapakah proses pertimbangan dan keputusan memakan masa yang terlalu lama?
65) PENYELARASAN WAKTU PEMOTONGAN RUMPUT JKR DAN KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar waktu pemotongan rumput JKR dan KDEB yang berbeza di dalam satu kawasan yang sama telah menyebabkan orang awam meragui kecekapan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan kerja? Jika ya, nyatakan cadangan KDEB supaya penyelarasan waktu dengan JKR boleh dilakukan.
65) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan anggaran bilangan pelancong yang akan melawat ke Selangor pada tahun 2020.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada Tahun Melawat Malaysia 2020?
