66) KEJAYAAN PERTANIAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah kejayaan di sektor pertanian Selangor setakat ini?
-
Sejauh manakah sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK negeri sekarang?
-
Apakah projek pertanian berimpak tinggi di bawah kerajaan Pakatan sejak 2008 hingga 2012?
66) MASALAH PENGGANGGURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Setakat ini,berapakah jumlah orang yang telah berdaftar di bawah Projek Selangor Retrenchment Helpline (SRH)?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri sedia membantu mereka yang telah berdaftar di bawah Projek SRH?
-
Berapa jumlah / peratus yang telah berjaya mendapat pekerjaan baru melalui program ini?
66) NAIKTARAF JALAN PLB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?
-
Apakah terdapat cadangan menambah peruntukan bagi menaiktaraf jalan-jalan PLB ini?
66) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pelaburan tambahan
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalani industri ternakan babi secara moden
66) LARANGAN ADUN KE SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan di bawah BN melarang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melawat ke sekolah Ð sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan. Adakah sebarang rundingan bakal dilakukan antara Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu ini?
-
Apakah tindakan balas yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap tindakan kerajaan persekutuan yang tidak demokratik ini?
-
Adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang?
66) KADAR CUKAI TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kadar cukai tanah untuk zon industri bagi status mukim, pekan dan bandar, mengikut pecahan daerah untuk tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing.
-
Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai tanah di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai tanah?
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai tanah untuk zon industri di Negeri Selangor?
66) HADIAH ANAK MASUK IPT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah permohonan yang telah diluluskan sejak tahun 2008?
-
Sila nyatakan statistik permohonan dengan terperinci termasuk mengikut kawasan DUN, jantina dan kaum.
66) KESALAHAN TAKSIRAN CUKAI TANAH KEPADA TETUAN PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK SERI PURI APARTMENT (PPM-029-10- 17122013)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah dan bayaran lebihan berjumlah RM148,682.00 bagi tahun 2004 dan 2005 masih belum dibayar balik kepada Seri Puri Managment Corporation sehingga hari ini?
66) LESEN “CYBERCAFE” DAN RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen "cybercafe" dan rumah urut/refleksologi yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005 sehingga 2010? Sila berikan butir-butir mengikut tahun dan PBT
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan kuota sedia ada untuk pengeluaran lesen? Sila nyatakan sebab
66) HUTAN GAMBUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan hutan gambut terdapat di Selangor dan berapakah keluasan yang telah diwartakan sebagai hutan simpanan?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk pemuliharaan hutan gambut yang telah diterokai untuk kegunaan pertanian?
