66) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek terbengkalai di Selangor dan statusnya pada masa sekarang sama ada terdapat mana-mana projek terbengkalai yang telah dipulihkan.
-
Siapakah pemaju-pemaju yang telah dipertanggungjawabkan untuk memulihkan projek-projek ini
66) PROJEK LAMAN DAPUR (PEKAWANIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep dan objektif Projek Laman Dapur?
-
Apakah status projek ini dan bagaimanakah pemilihan mereka yang terlibat?
-
Dari sejumlah lebih RM 170 ribu yang dibelanjakan, apakah impak value for money projek ini?
66) TINDAKAN PBT KEPADA PENIAGA ASING HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Masih ramai pendatang-pendatang asing dari kalangan rakyat Myanmar, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia yang sewenang-wenang nya membuka kedai gunting rambut, warung makanan, pasar jual sayur dan buah-buahan tanpa rasa gentar langsung kepada pihak berkuasa. Peniaga-peniaga tempatan yang di beri lesen pula menyewakan premis-premis perniagaan mereka kepada peniaga-peniaga asing bagi meraih keuntungan yang mudah. Orang ramai pun tahu perkara ini. Sampai bilakah kemelut ini akan berlarutan dan apakah bentuk-bentuk perubahan dan tindakan berkesan yang patut di ambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini ?
66) PROJEK THE BOSS SERVICE SUITES TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai tersebut?
-
Apakah tarikh dan kandungan Perjanjian Jual Beli yang dikatakan telah ditandatangani oleh liquidator dan pembeli baru?
-
Bila pembangunan dijangka disambung semula?
66) KUTIPAN SEWA PARKIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syarikat swasta yang bekerjasama dengan PBT dalam usaha kutipan sewa parkir dengan tempoh kontrak dan nisbah pembahagian keuntungan masing-masing
-
Adakah kerajaan negeri merancang untuk menamatkan kontrak syarikat yang tidak memberi nisbah keuntungan yang adil kepada PBT?
66) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pelaburan tambahan
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalani industri ternakan babi secara moden
66) LARANGAN ADUN KE SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan di bawah BN melarang ADUN-ADUN Pakatan Rakyat melawat ke sekolah Ð sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan. Adakah sebarang rundingan bakal dilakukan antara Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Persekutuan mengenai isu ini?
-
Apakah tindakan balas yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap tindakan kerajaan persekutuan yang tidak demokratik ini?
-
Adakah cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan undang-undang?
66) PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU JENIS A
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah unit Rumah SelangorKu jenis A yang telah dibina sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada pembinaan rumah jenis ini?
66) PPAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kenapakah kerajaan mengambil masa yang terlalu lama untuk menaiktaraf PPAS Lembah Jaya Selatan.
-
Senaraikan nama-nama kontraktor serta jumlah peruntukan yang telah keluarkan bagi membaikpulih perpustakaan tersebut.
-
Bilakah ianya akan dibuka.
66) MANIFESTO BIMBINGAN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah cara pengambilan peserta dan penghebahan kepada golongan belia untuk menyertai bimbingan ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan bagi memastikan manifesto ini mencapai matlamatnya?
-
Nyatakan jumlah program keusahawanan mengikut daerah dan DUN dari 2008 hingga kini?
