7) RUMAH ASNAF FAKIR MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah-rumah asnaf yang dibina di Negeri Selangor pada tahun ini dan berapa banyak lagi yang masih menunggu kelulusan dan pembinaan.
-
Apakah perancangan yang lebih strategi bagi mengatasi masalah tempat tinggal golongan ini di masa depan?
7) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dari peruntukan RM30,000 untuk PWB yang telah dibayar kepada DUN untuk tahun ini? Sila nyatakan pecahan mengikut DUN.
-
Apakah program-program yang telah dilaksanakan dari peruntukan tersebut?
-
Bagaimanakah program-program tersebut dapat memberdaya dan mengubah nasib wanita?
7) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra dalam pembelian rumah di Negeri Selangor?
-
Adakah perbezaan garis panduan peruntukan Kuota Bumiputra pada penjualan rumah Selangorku?
-
Adakah penghapusan Kuota Bumiputra terpakai pada penjualan rumah Selangorku?
7) PENANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Nanie
Kategori:
-
Berapa Ramaikah Pesawah Yang Memohon Bantuan Di Bawah DUN Sekinchan?
7) KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil siasatan kejadian tumpahan minyak yang mengakibatkan tiga loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup pada 12 Oktober 2014?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kawalan yang lebih ketat di Sungai Selangor untuk mengelakkan kejadian sedemikian berlaku?
7) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah sebenar kemasukan pelancong luar negara ke Selangor tahun 2018 & 2019?
-
Apakah manfaat ekonomi yang Selangor perolehi daripada pelancong luar?
-
Berikan statistik berkaitan pelancong domestik di Selangor dan berapa jumlah nilai ekonomi pelancong domestik?
7) KEDUDUKAN KEMAJUAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah ukuran dan indikator Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia?
-
Apakah langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan kemajuan sedia ada?
7) WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi pelaksanaan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?
-
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
7) KERAJAAN NEGERI TELAH MELANCARKAN TAHUN MELAWAT SELANGOR DENGAN TEMA SELANGOR SHINE SEBELUM INI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah Program Selangor Shine berjaya?
-
Berapakah bilangan pelancong yang datang ke Selangor?
-
Adakah pembinaan banyak hotel bajet baru menyumbang program Selangor Shine?
7) PROJEK PERUMAHAN DAN KOMERSIL TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah projek pembangunan perumahan dan komersil di Negeri Selangor yang tidak dapat disempurnakan oleh pemaju atau terbengkalai dari 1 Januari 2003 hingga kini? Sila menyenaraikan nama-nama projek dan pemaju tersebut masing-masing.
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan apakah rancangan Kerajaan Negeri yang kini ada untuk membantu pembeli-pembeli dalam projek-projek yang terbengkalai?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sistem untuk menyenaraihitamkan pemaju- pemaju yang tidak dapat menyempurnakan projeknya? Jika ada, adakah sistem tersebut juga akan menyenaraihitamkan pengarah-pengarah dan pemegang- pemegang syer syarikat-syarikat pemaju tersebut?
