7) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2014.
-
Senaraikan jumlah penerima yang dapat menikmati subsidi Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR) untuk DUN Rawang bagi tahun 2010-2014.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjamin kualiti yang baik untuk perkhidmatan asuhan kanak-kanak dalam Negeri Selangor?
7) HAK PENEROKA/WARIS PENEROKA TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah permohonan peneroka/waris peneroka asal yang masih belum mendapat geran tanah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.
7) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan yang telah diluluskan dan dibelanjakan dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009 mengikut DUN?
-
Berikan bilangan pelajar yang telah menerima manfaat dalam program ini dan adakah kerajaan akan menambah bilangan mata pelajaran demi menjadikan PTRS lebih menarik kepada pelajar-pelajar?
7) PROJEK PENCEGAHAN BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah dibelanjakan dalam Projek-projek Pencegahan Banjir di Daerah Klang sehingga sekarang?
-
Apakah perancangan masa depan di dalam mengatasi masalah banjir di Daerah Klang yang merupakan sebahagian daripada kawasan tumpuan penduduk di Lembah Klang?
7) SELANGOR SHINES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan dan pencapai Program Melawat Selangor tersebut?
-
Apakah program-program promosi telah dilaksanakan ?
-
Adakah program inap desa (homestay) mencapai perkembangan yang baik ?
7) HAK MILIK INDIVIDU DI TAMAN MURNI SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak hak milik individu telah diberikan kepada pemilik?
-
Berapakah pemilik yang telah menjelaskan premium tanah tetapi masih belum menerima hak milik individu?
7) PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah perumahan yang dibina dalam kawasan ladang dan dibeli/dimiliki oleh pekerja ladang mengikut daerah di Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menyelesaikan status pemilikan perumahan di kawasan ladang?
7) ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan penduduk terkini mengikut suku kaum bagi masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah peruntukan Negeri Selangor yang digunakan bagi tahun 2005-2008 untuk pembangunan masyarakat Orang Asli?
-
Apakah rancangan Negeri Selangor dalam pembangunan masyarakat Orang Asli?
7) MISKIN TEGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan yang terdapat populasi miskin tegar yang tinggi di Negeri Selangor.
-
Apakah tindakan yang intervensi yang telah dilakukan Kerajaan Negeri setelah mengenal pasti masalah miskin tegar di sesebuah kawasan?
7) STATISTIK KEMALANGAN DI DUN PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan statistik kemalangan melibatkan penunggang motorsikal, pemandu kereta, lori-lori kontena dan lain-lain kenderaan di dalam DUN Pelabuhan Klang.
