71) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis dan nilai pelaburan yang masuk ke Selangor sepanjang 2015?
-
Apakah perkembangan atau status kemajuan terkini Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ)?
-
Apakah unjuran pulangan kepada kerajaan dalam bentuk tunai dalam membangunkan Science Park 2?
71) KEMELESETAN DAN KEGAWATAN EKONOMI SEDUNIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah khusus yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani krisis kegawatan dan kemelesetan ekonomi seperti yang berlaku sekarang?
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% dalam usaha membantu meringankan bebanan rakyat dalam menangani kegawatan ekonomi?
-
Apakah kerajaan akan memberikan elaun ibu tunggal serta elaun suri rumah yang memilih menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka dalam usaha membantu meringankan bebanan kewangan penduduk?
71) AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila jelaskan status perlaksanaan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada 1 April 2011. Keberkesanan FOIA bergantung kepada komitmen Kerajaan Negeri dan penglibatan rakyat.
-
Sila senaraikan usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan rakyat melalui kefahaman rakyat mengenai hak-hak mereka.
71) DASAR PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan pembangunan lot rumah yang tidak tersusun di tanah pertanian kampung tradisi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan lot tapak rumah atau perumahan pekerja estet di atas tanah Kerajaan?
-
Bagaimanakah perancangan penstrukturan semula kampung-kampung bagan?
71) INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN TANAH PERKUBURAN LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan infrastruktur dan kemudahan awam di tanah perkuburan lama tiada dan kadangkala amat uzur, apakah ada usaha untuk menyediakan inventori tentang isu ini?
-
Apakah langkah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan infrastruktur dan kemudahan ini disediakan?
-
Di bawah tanggungjawab agensi mana?
71) PROGRAM KEUSAHAWANAN DAN INOVASI NEGERI SELANGOR (KINS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima program KINS dari 2013-2015?
-
Nyatakan jumlah dana yang diluluskan, tahun terima dan tempoh pinjaman program tersebut?
71) HUBUNGAN ANTARA AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang telah dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi merapatkan lagi jurang kefahaman antara agama bagi mempertingkatkan lagi suasana saling menghormati?
71) PRESTASI SUKAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Secara umum di manakah tahap kemajuan sukan negeri Selangor?
-
Apakah insentif yang diberikan kepada ahli sukan dan atlet tersebut?
-
Apakah bidang sukan yang menonjol di Selangor?
71) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah kemajuan Projek Pembersihan Sungai Kelang? Apakah rasional Kerajaan Negeri menukar status pembiayaan projek ini daripada Public-Private Initiative (PPI) kepada Private Financing Initaitive (PFI)?
71) PERMOHONAN HAKMILIK BERSTRATA UNTUK RUMAH PANGSA KOS RENDAH TAMAN SRI AMAN, PETALING JAVA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah Pejabat Tanah dan GaHan Selangor (PTGS) boleh melanjutkan tempoh bagi melaksanakan proses pindahmilik hakmilik strata untuk rumah pangsa kos rendah Taman Sri Aman, Seksyen 22, Petaling Jaya ini di bawah Seksyen 40A Akta Hakmilik Strata 1985 yang tamat pada 15 Oktober 2011 ?
-
Apakah proses-proses untuk memohon bagi melanjutkan tempoh ini?
