70) AKTIVITI ÔCORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITYÕ MBI INC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aktiviti-aktiviti 'corporate social responsibility' yang dilaksanakan oleh MBI Inc. dan anak-anak syarikatnya mengikut DUN sepanjang tahun 2019.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan bagi setiap aktiviti.
71) PROGRAM USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha PBT bagi memajukan peniaga kecil dalam pembinaan tapak usahawan kecil di satu-satu kawasan DUN Sentosa?
71) 10 JENIS PENYAKIT MENGANCAM NYAWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan 10 jenis penyakit mengancam nyawa yang tertinggi di Selangor
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk menangani dan mencegah penyakit- penyakit tersebut
71) CAPAIAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan capaian maklumat di kawasan luar bandar di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan keberkesanan promosi pemberian wifi percuma di kawasan- kawasan luar bandar di Negeri Selangor.
71) JALAN BARAT PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan pertukaran nama Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David?
71) KERJA PEMBINAAN 8 UNIT TOKONG DI JALAN BUKIT KERAYONG, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd masih tidak dapat memulakan kerja untuk membina 8 unit tokong di Jalan Bukit Kerayong, Pelabuhan Klang disebabkan tanah yang berkenaan masih belum digazetkan sebagai tanah rumah ibadat. Apakah sebab kelewatan tersebut?
-
Bilakah tanah tersebut dijangka dapat digazetkan sebagai tanah rumah ibadat untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan?
71) LAMPU-LAMPU JALAN YANG BARU DIBINA DI LEBUHRAYA SELAYANG-KEPONG DARI FRIM KE STESEN MINYAK SHELL
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Lampu-lampu jalan di lebuhraya Selayang Kepong di bahagian dari FRIM ke stesen minyak Shell masih belum bernyala walaupun telah lama dibina. Apakah sebab kelewatan tersebut dan bilakah ianya akan dinyalakan?
71) KOMPLEKS SUKAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan telah menjual tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya bagi memberi laluan projek komersil. Apakah pertimbangan dibuat tidak mengambil kira sumbangan PKNS membangunkan aspek sosial dalam bidang sukan?
-
Apakah bentuk pembangunan dicadangkan dan apakah manfaatnya kepada penduduk setempat?
-
Syarikat manakah yang bakal memajukan hartanah tersebut?
71) STATUS KOLABORASI PROGRAM SMART SELANGOR DENGAN PIHAK SWASTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini selepas peringkat penghantaran 'Expression of Interest' (EOI) kepada Smart Selangor Delivery Unit pada bulan Mac 2019?
71) AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terangkan kronologi pengambilalihan daripada SYABAS kepada Air Selangor.
-
Setelah perjanjian, apakah terdapat masalah berbangkit yang tidak dapat diselesaikan atau masih dalam rundingan?
