70) PROGRAM MEMBANGUNKAN USAHAWAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Apakah agensi-agensi kerajaan yang membantu pembangunan usahawan tempatan dan usahawan belia? Sila senaraikan agensi-agensi tersebut dan peranan mereka.
70) INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah jalan-jalan yang telah dibina daripada peruntukan MARRIS di Negeri Selangor dan jumlah peruntukan bagi setiap projek tersebut mengikut tahun 2008 sehingga 2011 dalam kawasan PBT di Negeri Selangor ?
70) HARTA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai harta tunai dan bukan tunai KDEB serta anak syarikatnya?
-
Nyatakan aset harta KDEB nilai dan lokasinya dan yang telah dijual pada tahun 2014?
70) PROSEDUR PENUKARAN SYARAT TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan kelulusannya dengan notis bayaran premium?
-
Setelah premium dibayar, apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan hakmilik baru dengan catitan syarat guna tanah yang baru?
-
Adakah tempoh-tempoh masa yang disebut dalam (a) dan (b) di atas boleh dipendekkan jangkamasanya?
70) KOLAM TADAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan nilai kontrak yang diawad untuk penyelenggaraan Kolam Tadahan USJ 3A.
-
Sila nyatakan nilai kontrak yang diawad untuk penyelenggaraan Kolam Tadahan SS12/1.
70) HASIL KUTIPAN CAJ DAN SAMAN PARKIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kutipan caj dan saman parkir pada tahun 2015 mengikut PBT
-
Nyatakan kegunaan hasil kutipan tersebut
70) PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan projek tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberi subsidi kepada rumah Generasi Kedua Felda seperti yang diberikan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini?
70) STADIUM MINI PEKAN SABAK, SABAK BERNAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menaik taraf Stadium Mini Sabak?
-
Apakah rancangan jangka pendek dan panjang bagi pembangunan sebahagian tanah stadium yang kini masih tetap dalam keadaan semak samun?
70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar
-
Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.
-
Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.
70) GEJALA RASUAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
