70) PENGURUSAN HUTAN PAYA LAUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah kecurian kayu bakau?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap kejadian kecurian kayu bakau meningkat dengan ketara selepas bulan Julai 2010 apabila Pulau Ketam diwartakan sebagai HSK?
-
Berapakah kehilangan hasil royalti dan ses yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat kecurian kayu bakau serta kemusnahan HPL (Hutan Paya Laut)?
70) GERAI DAN PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN KOSONG DI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan mengamalkan dasar tidak merobohkan gerai-gerai tidak sah sewenangwenangnya. Sebaliknya kerajaan menawarkan gerai-gerai PBT yang masih kosong: Berapakah bilangan gerai-gerai masih kosong di setiap PBT?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan gerai-gerai sah di PBT ini masih kosong?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan insentif secara langsung kepada peniagapeniaga agar mengisi gerai-gerai PBT yang masih kosong?
70) MEDIA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Revolusi media masa menyebabkan pembaca kini terarah kepada media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga portal berita yang lebih cepat dan percuma, terutamanya pembaca dari kawasan bandar. Apakah strategi baru untuk Kerajaan supaya dapat menjimatkan kos pencetakan di kawasan bandar demi memberi fokus di media sosial supaya dapat memaksimakan liputan berita kepada pembaca bandar?
70) Aset Air Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan dalam usaha menambah asset kecemasan Air Selangor dalam menghadapi ketiadaan air?
-
Terdapat banyak kawasan yang tidak mendapat bekalan air kecemasan akibat kekurang tangki air.
70) PROGRAM BAIK PULIH NEGERI BERKEBAJIKAN (CERIA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah perincian program CERIA tersebut?
-
Nyatakan nama dan lokasi pangsapuri yang bakal dibaik pulih melalui program ini mengikut PBT?
70) PERUNTUKAN SUKAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkembangkan sukan wanita di peringkat akar umbi.
-
Berapakah peruntukan akan digunakan?
70) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah PBT-PBT bermakna untuk membuat keuntungan daripada pemilikan dan penyewaan harta, perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatanperkhidmatan lain terutamanya apabila tujuan PBT adalah berdasarkan pemberian perkhidmatan dan bukan pusat keuntungan?
-
Sila senaraikan harta-harta dan aset-aset yang dimiliki oleh setiap PBT dalam negeri dan nilai bersih.
70) GRANT PERUNTUKAN KEMAHIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri pernah menyatakan peruntukan grant kemahiran belia. Ke manakah peruntukan ini akan disalurkan?
70) PENYELENGGARAAN TAMAN PERMAINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh MPSJ untuk mengatasi masalah penyelengaraan taman permainan yang tidak memuaskan.
70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar
-
Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.
-
Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.
