70) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah nilai pelaburan di negeri Selangor?
-
Negara manakah yg terbanyak melabur di Selangor?
-
Sektor manakah yang paling ramai pekerja asing di negeri Selangor?
70) PENGURUSAN HUTAN PAYA LAUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah kecurian kayu bakau?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap kejadian kecurian kayu bakau meningkat dengan ketara selepas bulan Julai 2010 apabila Pulau Ketam diwartakan sebagai HSK?
-
Berapakah kehilangan hasil royalti dan ses yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri akibat kecurian kayu bakau serta kemusnahan HPL (Hutan Paya Laut)?
70) FENOMENA EL NINO
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah jangkaan masa berlakunya fenomena ini dan kesannya terhadap rakyat Selangor?
-
Apakah persediaan kerajaan negeri untuk menghadapi fenomena ini dari segi memastikan bekalan air mencukupi?
70) RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini inisiatif Rumah Idaman Rakyat Selangor?
-
Apakah kelayakan dan kaedah untuk memiliki Rumah Idaman Rakyat Selangor?
70) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Kerja penstabilan tanah di belakang bangunan beralamat No. 263, Persiaran Raja Muda Musa yang telah dihakiskan masih belum dimulakan walaupun dinyatakan akan bermula pada bulan Mei 2017 dan siap pada Julai 2017. Apakah sebab kelewatan tersebut?
-
Bila kerja tersebut akan bermula?
70) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan penerima skim ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi pengecualian sewa kepada penerima skim ini disebabkan Covid-19?
70) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR OTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Projek Penaiktarafan Kunci Air No. 51 ke Pintu Air Otomatik di Jalan Papan Pandamaran?
-
Berapa kos yang akan dibelanjakan untuk projek tersebut?
-
Bila projek tersebut dijangka siap?
70) AKTIVITI ÔCORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITYÕ MBI INC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aktiviti-aktiviti 'corporate social responsibility' yang dilaksanakan oleh MBI Inc. dan anak-anak syarikatnya mengikut DUN sepanjang tahun 2019.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan bagi setiap aktiviti.
70) KEPERLUAN MEWUJUDKAN MAJLIS PERBANDARAN KOTA RAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Keadaan semasa dalam kawasan Parlimen Kota Raja penduduk dipecahkan kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh kerana itu ia bukan sahaja mengelirukan penduduk tetapi juga kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan, pemotongan rumput dan sebagainya. Adalah dicadangkan agar diwujudkan segera sebuah pusat bandar baru dengan struktur majlis sendiri dengan seberapa segera. Dalam soalan yang lepas, penjelasan yang diberikan mengenai DUN Sri Muda dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang mempunyai hanya 2 PBT adalah tidak tepat sama sekali, soalan saya adakah Exco terlibat memeriksa terlebih dahulu jawapan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerana jawapan yang tidak tepat sebegini menunjukkan pihak berkuasa tempatan sendiri dan pegawai-pegawai kerajaan sendiri tidak tahu tentang sempadan-sempadan kawasan kerja masing-masing. Jelaskan secara terperinci siapakah yang terlibat memberi jawapan ini hinggakan Exco tidak dimaklumkan jawapan yang sebenar
-
Adakah kerajaan sedar terdapat pegawai-pegawai yang tidak teliti semasa memberikan jawapan-jawapan dan sekiranya kerajaan menyedarinya apakah tindakan tatatertib yang akan di ambil bagi menyekat pegawai-pegawai ini dari memberikan jawapan yang tidak tepat.
-
Keperluan mewujudkan Majlis Perbandaran sendiri di Kota Raja adalah amat mendesak, justeru itu bilakah ianya dapat diwujudkan bagi mengatasi kekeliruan rakyat, pegawai kerajaan dan Exco sendiri.
70) GEJALA RASUAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah laporan rasuah yang melibatkan kakitangan awam Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2007.
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai berapakah jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah yang melibatkan kakitangan awam negeri mengikut susunan jabatan?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan gejala rasuah yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
