69) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap syarikat pengeluaran pasir di Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat yang melepaskan air kelodak tanah merah berlumpur ke Sungai Tekali dan seterusnya masuk ke Sungai Langat. Air sungai ini telah tercemar dan ekosistemnya telah rosak akibat kelodak lumpur tersebut?
-
Adakah syarikat pengeluar pasir ini mempunyai permit mengeluarkan pasir?
69) KILANG HARAM DAN PENCEMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kilang-kilang haram yang telah dikenal pasti di negeri Selangor mengikut senarai pihak berkuasa tempatan dan operasi yang dijalankan dan apakah faktor-faktor utama kewujudan mereka sekian lama
-
Terdapat kilang-kilang haram dan berlesen didakwa melepaskan asap pencemaran dan mengganggu alam sekitar serta penduduk di sekelilingnya seperti yang berlaku di Aman Perdana, Meru, apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pencemaran dielakkan atau sekurang-kurangnya berada di tahap minimum
-
Apakah program pemutihan yang telah diambil terhadap kilang-kilang haram ini dan sejauh manakah keberkesanannya? Apakah langkah seterusnya bagi memastikan masalah ini tidak berlarutan
69) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan dan senaraikan jajaran yang paling ramai penumpang.
-
Sila huraikan apakah kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan semua perjalanan mengikut jadual.
69) MUZIUM DIRAJA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mewujudkan Muzium DiRaja Selangor?
-
Apakah aspek pegangan agama, warisan dan adat, kepimpinan, pemerintahan yang akan menjadi tunjang muzium tersebut?
-
Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan untuk projek tersebut?
69) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah peruntukan PeBT Selangor dari RM 5000 kepada RM 10,000 setahun memandangkan kos perlaksanaan program semakin meningkat?
69) KEROSAKAN JALAN JALAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan yang dilakukan untuk mempastikan permukaan Jalan Persekutuan dan Negeri diselenggara dengan baik dan selamat digunakan oleh orang ramai, khususnya di Daerah Kuala Langat?
-
Sila menyatakan jumlah kos penyelenggaran pada Tahun 2015 di Jalan Klang Banting Port Dickson.
69) KUALITI SUMBER AIR DARI BEKAS LOMBONG BIJIH TIMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Benarkah air bekas lombong mengandungi bahan logam bahaya yang boleh merosakkan sistem otak, saraf, kardiovaskular dan pencernaan kita jika diminum?
69) PROJEK TERBENGKALAI RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai Rumah Selangorku Residensi Jaya?
-
Apakah jangka masa untuk menyelesaikan isu ini?
-
Apakah strategi untuk menangani isu ini?
70) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah nilai pelaburan di negeri Selangor?
-
Negara manakah yg terbanyak melabur di Selangor?
-
Sektor manakah yang paling ramai pekerja asing di negeri Selangor?
70) HADIAH MASUK UNIVERSITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini program hadiah masuk universiti?
-
Nyatakan jumlah penerima hadiah masuk universiti dari tahun 2010-2015 mengikut universiti?
