69) DEMONSTRASI BERSIH 3.0
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan negeri berhubungan dengan Demonstrasi Bersih 3.0 tersebut?
-
Adakah kerajaan negeri turut menaja perhimpunan ini, jika ya berapakah peruntukan diberikan?
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju jika Dataran Bandaraya Shah Alam dijadikan tempat demonstrasi Bersih seterusnya?
69) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu ejen tanah yang mengutip komisen dan memohon tanah secara berkelompok untuk orang lain?
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mewujudkan sistem pendaftaran dan pemprosesan tanah yang telus bagi mengurangkan kes permohonan yang bertindih?
-
Adakah tindakan kerajaan bagi memantau dan memastikan bahawa sebidang tanah kerajaan yang diberi milik itu digunakan dengan seoptimumnya?
69) DRAF RANCANGAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status Draf Rancangan Tempatan untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya?
-
Bilakah Draf tersebut akan diwartakan?
69) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembakaran tempurung dan bahan toksid secara terbuka di Kampung Ijok oleh pengusaha2 mengakibatkan pencemaran alam sekitar dengan asap toksid dan bau busuk. Lapuran telah dibuat oleh Ketua Kampung dan Ahli Majlis. Apakah tindakan oleh PBT/EXCO untuk hentikan kegiatan ini?
69) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan perkembangan terkini perkhidmatan Bas Smart Selangor.
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah peruntukan telah dibelanjakan dan senaraikan jajaran yang paling ramai penumpang.
-
Sila huraikan apakah kaedah pemantauan yang lebih berkesan bagi memastikan semua perjalanan mengikut jadual.
69) MUZIUM DIRAJA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan ada rancangan untuk mewujudkan Muzium DiRaja Selangor?
-
Apakah aspek pegangan agama, warisan dan adat, kepimpinan, pemerintahan yang akan menjadi tunjang muzium tersebut?
-
Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan untuk projek tersebut?
69) Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menambahbaik proses pemilihan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama PeBT dengan pihak Ahli-Ahli Dewan Negeri di kawasan masing-masing?
69) BANTUAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Malaysia menghadapi gelombang Covid-19 ketiga. Adakah Kerajaan Negeri akan melanjutkan Bantuan Prihatin kepada golongan tertentu seperti penjaja, siswa, keluarga B40 dan OKU?
69) NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Mata pencarian para nelayan di Assam Jawa, DUN Melawati telah terjejas disebabkan oleh penutupanjalan keluar ke laut melalui dua anak sungai di sini. Perkara ini juga telah mengakibatkan banjir di kawasan sekelilingnya. Kedua-dua jalan keluar ke laut melalui anak sungai yang berkenaan telah ditutup oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hak milik tanah berkenaan ini telah diberikan kepada seorang pengusaha temakan udang. Persoalannya di sini adalah Kepada siapakah hak milik tanah ini diberikan dan siapakah pentemak udang ini?
-
Bolehkah hak milik diberikan kepada sebarang anak sungai? Dan, di atas kuasa dan budi bicara siapakah perkara ini berlaku?
69) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan jumlah peruntukan PeBT Selangor dari RM 5000 kepada RM 10,000 setahun memandangkan kos perlaksanaan program semakin meningkat?
