69) IKLAN AH LONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kos yang dibelanja oleh setiap Majlis untuk membersihkan sticker dan menanggal iklan ah long setiap tahun
-
Sila nyatakan kos untuk mengecat anti-stick paint atau anti graffiti paint atas semua tiang jalan dan papan tanda untuk semua Majlis bagi mengelakkan iklan ah long dilekat atau digantung.
-
Sila nyatakan daripada (a) dan (b), dari segi penilaian kos, usaha yang mana lebih berkesan?
69) TEKANAN AIR RENDAH Ð SYABAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kita menerima banyak aduan tentang tekanan air yang rendah dibekalkan oleh SYABAS sejak hampir setahun ini. Apakah punca keadaan ini dan mengapakah tekanan seperti yang dibekalkan dahulu tidak dikekalkan?
69) PUSAT KOORDINASI (CO-CENTRE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Pusat Koordinasi (Co-centre) untuk segala bantuan yang ditubuhkan cuma terdapat di SUK. Adakah ia akan ditubuhkan di kesemua daerah di Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah bantuan yang telah dikeluarkan oleh pusat koordinasi?
-
Apakah jenis bantuan yang terdapat dalam pusat koordinasi?
69) TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah TKPM yang wujud di Negeri Selangor. Nyatakan secara terperinci dari segi keluasan dan hasil yang diperolehi serta jumlah peserta yang terlibat?
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan Negeri bagi tapak TKPM di Negeri Selangor?
-
Apakah status TKPM Bestari Jaya yang dikatakan terlibat dalam projek kolam takungan air ?
69) RUMAH UNTUK MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak pemerintahan PR, berapakah rumah keluarga miskin telah dibina semula atau ditambah baik di bawah program kerajaan prihatin. Sila berikan maklumat terperinci mengikut daerah
-
Apakah rancangan pihak kerajaan negeri dalam tahun ini untuk memastikan bahawa mereka yang masih tinggal di rumah yang buruk boleh mendapat keprihatinan Kerajaan Negeri?
69) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap syarikat pengeluaran pasir di Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat yang melepaskan air kelodak tanah merah berlumpur ke Sungai Tekali dan seterusnya masuk ke Sungai Langat. Air sungai ini telah tercemar dan ekosistemnya telah rosak akibat kelodak lumpur tersebut?
-
Adakah syarikat pengeluar pasir ini mempunyai permit mengeluarkan pasir?
69) STATUS PENYERAHAN PEMBANGUNAN KEPADA MAJLIS PERBANDARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan projek pembangunan perumahan oleh PKNS dalam kawasan DUN Sungai Ramal yang telah siap selama lebih 15 tahun tetapi masih belum diserahkan kepada MPKj?
-
Mengapakah projek-projek tersebut masih belum diserahkan kepada MPKj?
69) DASAR PEMBANGUNAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendirian Negeri Selangor berkenaan cadangan untuk mengekalkan kawasan lapang/ kawasan rekreasi/ taman permainan terutamanya di kawasan yang sudah mempunyai pembangunan yang tepu?
69) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT DI BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapa unitkah rumah mampu milik yang akan di bina di kawasan bandar dalam tempoh 4 tahun?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat membantu pembeli yang mengalami kesukaran dalam membuat pinjaman bank?
-
Nyatakan kawasan rumah mampu milik yang bakal dibina mengikut PBT?
69) STATUS PERMOHONAN STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status permohonan strata untuk penduduk Pangsapuri PJS 7/15 atas PN8623 Lot 49365 Mukim Petaling yang telah disatukan dengan PM130 Lot 37563 Mukim Damansara.
