69) SILA MENYATAKAN JUMLAH PENERIMAAN YANG LULUS DAN TOLAK DI BAWAH SKIM PEDULI SIHAT KERAJAAN SELANGOR SEJAK IA DIPERKENALKAN MENGIKUT PECAHAN SETIAP KAWASAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Dan sila menyatakan jumlah klinik/ poliklinik yang telah menawarkan skim tersebut di setiap DUN?
69) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratus anak-anak kelahiran Selangor telah mendaftar skim TAWAS ini pada tahun 2010, 2011, 2012?
-
Berapakah peruntukan kerajaan kepada Tawas sehingga Jun 2012 ?
-
Adakah Tawas melakukan aktiviti pelaburan? Jika ada, i. Siapakah yang menguruskan pelaburan Tawas? ii. Apakah pecahan pelaburan mengikut industri dan syarikat? iii. Berapakah pulangan yang telah diterima pada tahun 2010 dan 2011?
69) SAMPAH PLASTIK TIDAK DAPAT DIREPUTKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan kotak nasi polistrin dalam pasaran ?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi menguatkuasakan program kitar semula disetiap rumah di kawasan PBT ?
-
Adakah Kerajaan bersedia untuk mengharamkan penggunaan plastik dan kotak nasi polistrin ?
69) Penggerak Belia Tempatan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menambahbaik proses pemilihan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama PeBT dengan pihak Ahli-Ahli Dewan Negeri di kawasan masing-masing?
69) BANTUAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Malaysia menghadapi gelombang Covid-19 ketiga. Adakah Kerajaan Negeri akan melanjutkan Bantuan Prihatin kepada golongan tertentu seperti penjaja, siswa, keluarga B40 dan OKU?
69) WAKIL PEGAWAI RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sering kali mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan lain-lain mesyuarat Khas Daerah Hulu Langat, MPAJ akan menghantar wakil tetapi kenapa wakil yang dihantar hanya seorang Pegawai Rendah yang tidak boleh membuat sebarang keputusan
69) KAJIAN BANJIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kajian sistem saliran bagi mengatasi banjir di Selangor?
-
Nyatakan hasil kajian sekiranya berlaku banjir besar di Selangor
69) LOMBONG PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Lombong Pasir milik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) di Kampung Kambing Susu telah menyebabkan masalah alam sekitar terhadap penduduk kampung tersebut. Adakah KSSB menjalankan penilaian impak alam sekitar sebelum dan semasa lombong tersebut beroperasi?
-
Apakah tindakan pantas untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Adakah pihak KSSB bercadang untuk membayar pampasan akibat kemusnahan yang disebabkan oleh lombong tersebut?
69) TARAF EKONOMI ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan taburan pendapatan masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor dan jenis pekerjaan yang diceburi.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan masyarakat Orang Asli?
69) PENYELENGGARAAN JALAN, LONGKANG, PEMBERSIHAN RUMPUT MILIK JABATAN KERJA RAYA DAN JABATAN PARIT DAN SALIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan mengatasi masalah penyelenggaraan jalan, longkang, pembersihan rumput milik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) yang kadang-kadang berkeadaan tidak terurus sehingga mengaibkan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri?
