71) PENARIKAN DIRI OLEH PENGILANG-PENGILANG ASING

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat berapa bilangan pengilang telah menarik diri dari Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Setakat ini berapa orang pekerja kilang dibuang kerja kerana penarikan diri pengilang asing?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan atau bantuan kerajaan negeri kepada pengilang-pengilang asing untuk terus beroperasi di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

71) PENGAWALAN PEMBAKARAN SECARA TERBUKA

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembakaran secara terbuka sejak tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Sila maklumkan jumlah kes-kes pembakaran secara terbuka mengikut daerah mulai Jan 2008 hingga Jun 2009.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan sebab-sebab pembakaran secara terbuka tidak dapat dikawal.

    Klik jawapan »

71) PERIHAL TAPAK PENYISIHAN PEPEJAL DI MUKIM JERAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Pembinaan Pusat Penyisihan Sisa Pepejal Sanitary Landfield yang dibina di Ladang Tuan Mee ( Jeram Estate ) di Mukim Jeram bagi Bahagian Barat Laut Selangor menjadi bahan kritikan, kempen popular dan bantahan Kerajaan Negeri sekarang sepanjang Pilihan raya Umum lalu. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menutup atau memindahkan pusat sampah berkenaan ke tempat lain?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai idea dan cadangan lain bagi membina pusat pelupusan sampah yang lebih sempurna dan lebih baik daripada yang dibina oleh Kerajaan Negeri terdahulu?

    Klik jawapan »

71) SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina & Tamil adalah amat berkurangan sehingga sesebuah sekolah itu terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai hingga menyebabkan sistem pembelajaran menjadi kurang selesa. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah tersebut di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak tapak simpanan untuk membina sekolah ini?

    Klik jawapan »

72) PRESTASI KERJA ALAM FLORA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah spesifikasi yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Selangor untuk memantau prestasi kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat Alam Flora?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan prestasi kerja-kerja tersebut mengikut kawasan majlis di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

72) SUKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melahirkan bakat-bakat baru dan memperkasakan sukan negeri.

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan badminton di negeri Selangor dan apakah perancangan dalam melahirkan bakat-bakat baru sukan badminton

    Klik jawapan »

72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?

    Klik jawapan »

  2. Didapati kos perbelanjaan untuk kawalan serangga perosak memerlukan sebanyak RM 35,000 manakala kos untuk pembersihan dan landskap memerlukan sebanyak RM 40,000 untuk sebulan, adakah kos ini terlalu tinggi? Sila jelaskan

    Klik jawapan »

72) PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.

    Klik jawapan »

72) ISU KAMPUNG TRADISI KANCHONG DARAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan EXCO Luar Bandar dan Kerajaan Tempatan berkenaan isu yang mana sebuah kampung tradisi Kanchong Darat Kuala Langat yang mempunyai keluasan penduduk dan jajahan yang luas bagi seorang ketua kampung?

    Klik jawapan »

72) CADANGAN JALAN DI HADAPAN PANTAI HOSPITAL KLANG DAN HARBOUR PLACE KLANG (MBO) YANG SELARI DENGAN PERSIARAN RAJA MUDA MUSA DIJADIKAN JALAN SEHALA YANG HANYA MENUJU KE PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Saya telah memberi cadangan supaya jalan di hadapan Pantai Hospital Klang dan Harbour Place Klang (MBO) yang selari dengan Persiaran Raja Muda Musa dijadikan jalan sehala yang hanya menuju ke Pelabuhan Klang tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya. Sama ada kajian telah dibuat terhadap cadangan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah cadangan tersebut diterima atau ditolak oleh JKR? Sekiranya diterima apakah rancangan untuk melaksanakannya? Sekiranya ditolak, apakah alasan?

    Klik jawapan »