8) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Ð HAPUSKAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor mempunyai programprogram tertentu untuk menyelesaikan masalah tikus yang telah banyak menjejas kebersihan alam sekitar?
-
Berapakah kempen anti-tikus yang diadakan oleh PBT setiap daerah setiap tahun sejak tahun 2005?
-
Berapakah seminar kebersihan yang dianjurkan setiap tahun untuk memupuk kesedaran di kalangan usahawan yang terlibat dalam industri makanan dan perniagaan kedai makan?
8) MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT DI BUKIT MALAWATI
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Bertulis
-
Apakah status muzium permainan tradisional rakyat di Bukit Malawati kerana sehingga kini tidak beroperasi?
-
Apakah usaha Kerajaan dalam menggalakkan tarikan pelancong melalui aktiviti yang dijalankan oleh muzium-muzium di Negeri Selangor?
-
Senaraikan semua jenis muzium yang terdapat di Negeri Selangor.
8) HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek horas
-
Sejauh manakah kemampuan projek ini untuk memastikan bekalan air yang stabil di Selangor
-
Apakah faktor-faktor bagi memastikan kejayaan projek ini
8) PROGRAM HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan yang telah diluluskan setakat ini untuk program pinjaman Hijrah di setiap DUN?
-
Berapakah usahawan yang telah berjaya berhijrah dari miskin kepada kehidupan selesa?
-
Sejauh manakah pemantauan bagi program ini terhadap peminjam?
8) KESAN WABAK COVID-19 DALAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis perniagaan yang paling terjejas akibat wabak COVID-19 di Selangor.
8) KESIHATAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan statistik pengguna perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh Pusat Kaunseling Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan kaunseling tersebut?
8) PROJEK PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek pembangunan luar bandar yang lebih dinamik dan tersusun?
-
Senaraikan projek Kerajaan Negeri yang bernilai lebih RM10 juta di kawasan luas bandar pada tahun 2016
8) PROJEK KERJA NAIKTARAF JALAN MERU TAMBAHAN KE PUNCAK ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah saiz dan reka bentuk yang dicadang bagi parit besar tanah dari Jalan Iskandar hingga Jalan Kempas?
-
Apakah kemajuan projek tersebut mengikut seperti dijadualkan?
-
Apakah rujukan petunjuk keselamatan pengguna jalan raya semasa kerja-kerja berjalan?
8) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang haram yang masih beroperasi di dalam kawasan DUN Batu Tiga (di bawah MBSA, MPSJ dan MPK)? Nyatakan lokasi dan syarikat yang menjalankan kegiatan ini?
-
Apakah usaha bagi memastikan semua kilang haram ini diputihkan?
-
Bilakah sasaran yang diletakkan agar kilang haram di DUN Batu Tiga akan putih sepenuhnya?
8) GERAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri bagi memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil?
-
Siapakah AJK dalam jawatankuasa yang bertanggungjawab?
