8) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan Geran Selangorku yang telah diluluskan untuk projek infrastruktur sukan mengikut setiap kawasan Dewan Negeri sehingga Jun 2012?
-
Nyatakan tarikh pelaksanaan setiap projek?
8) KESIHATAN MENTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jenis sokongan yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri berkenaan usaha untuk mendapatkan lindungan insurans bagi penyakit mental.
8) PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek-projek tebatan banjir terkini yang sedang dilaksanakan oleh JPS
-
Sila senaraikan cadangan projek-projek tebatan banjir yang masih dalam perancangan dan kajian.
-
Sila senaraikan 10 projek tebatan banjir yang telah berjaya mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan.
8) SISTEM TENDER TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tanah-tanah milikan kerajaan negeri yang telah ditenderkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2007-2010.
-
Badan/ jabatan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau sistem dan proses tender tanah dan apakah kriteria yang ditetapkan?
-
Adakah tanah milik anak syarikat Negeri Selangor yang tidak dibayar premium juga akan ditenderkan dan senaraikan tanah milikan anak-anak syarikat Negeri Selangor yang telah ditenderkan daripada tahun 2007-2010
8) KEBERSIHAN ALAM SEKITAR Ð HAPUSKAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor mempunyai programprogram tertentu untuk menyelesaikan masalah tikus yang telah banyak menjejas kebersihan alam sekitar?
-
Berapakah kempen anti-tikus yang diadakan oleh PBT setiap daerah setiap tahun sejak tahun 2005?
-
Berapakah seminar kebersihan yang dianjurkan setiap tahun untuk memupuk kesedaran di kalangan usahawan yang terlibat dalam industri makanan dan perniagaan kedai makan?
8) PASAR MALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah hasil cukai pasar malam di Meru yang telah dikutip sepanjang 2008 hingga 2010?
-
Berapakah jumlah yang telah dibayar kepada badan pengurusan pasar malam dan tunggakan yang belum dibayar mengikut setiap pasar malam yang beroperasi?
8) PROGRAM WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi-lokasi WiFi percuma menurut DUN.
-
Apakah tahap keberkesanan khidmat capaian WiFi percuma ini?
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini menurut DUN?
8) PELABURAN INISIATIF PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan khusus setiap PBT di Selangor dalam menarik pelaburan dalam dan luar negara bagi merancakkan ekonomi?
-
Nyatakan statistik pencapaian pelaburan tahun 2008 2013 mengikut PBT?
8) KLUSTER INDUSTRI SOKONGAN PELABUHAN DAN MARITIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah usaha penyelarasan bidang kuasa PBT dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dari aspek penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan asas di bawah Kluster Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim di Pelabuhan Klang?
8) SILIBUS MAJLIS ILMU MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju majlis-majlis ilmu dalam membentuk fikrah dan sahsiah umat Islam seluruh Selangor?
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membangunkan silibus majlis ilmu ke arah cita-cita Selangor sebagai Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur?
-
Apakah tiga bidang paling popular dalam majlis-majlis ilmu seluruh Selangor?
