78) MASALAH TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pihak musuh politik menggunakan isu TALAM bagi memburukkan kerajaan Selangor. Apakah masalah sebenar berhubung isu TALAM?
-
Sejauh manakah kebenaran yang ditimbulkan oleh musuh politik berkenaan?
-
Apakah pendekatan yang diambil bagi menjelaskan keadaan yang sebenar?
78) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah edaran akhbar Selangorkini bagi setiap edisi dan bagaimanakah pengedaran akhbar ini dilakukan?
-
Apakah usaha kerajaan dalam mengangkat nilai kebebasan media akhbar Selangorkini?
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan setahun untuk operasikan akhbar Selangorkini
78) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa peratus kah jumlah pelaburan negeri Selangor menyumbang kepada jumlah ke peratusan pelaburan di Malaysia?
-
Apakah 5 bidang utama yang menarik pelaburan masuk di Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mencipta bidang pelaburan bagi memastikan Negeri Selangor kekal sebagai negeri yang paling kompeten dalam usaha untuk menarik pelaburan?
78) POTONGAN CUKAI PINTU SEBANYAK 25 % DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik mengikut daerah serta jumlah keluarga yang mendapat potongan cukai pintu sebanyak 25 % daripada Kerajaan Negeri Selangor dan apakah kriteria bagi menentukan kelayakan mereka menerima diskaun tersebut ?
78) KADAR PERCERAIAN SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan perceraian melalui mahkamah syariah yang berlaku bagi tahun 2010 Ð 2015?
-
Bagi tempoh di atas, berapakah bilangan kes perceraian tertangguh atau kes yang menanti keputusan mahkamah syariah?
-
Apakah tiga punca utama yang menyebabkan berlakunya perceraian di atas?
78) DEWAN TERBIAR DI DUN KG. TUNKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Dewan terbiar di Jalan 551/1 Kampung Tunku telah menjadi tempat penagih dadah. Adakah dewan itu akan di roboh dan apakah penyelesaian MBPJ untuk mengatasi masalah ini?
-
Terdapat struktur yang sama di Jalan 20/24. Mengapakah MBPJ tidak merobohkan struktur itu?
78) Banjir Taman Templer
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan oleh JPS untuk menyelesaikan masalah banjir di Daerah Gombak khasnya di Dun Taman Templer?
-
Bagaimanakah cara kerajaan negeri untuk menghadapi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Taman Templer lebih-lebih lagi di Anak Sungai Udang
78) SENARAI SYARIKAT YANG MENGIKUTI SELANGOR ACCELERATOR PROGRAM (SAP)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Bertulis
-
Namakan 60 syarikat yang telah mengikuti Selangor Accelerator Program (SAP) dan apakah perkembangan terkini mereka?
78) JAWATAN DI PWB
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah struktur PWB? Sila nyatakan KPI bagi setiap jawatan di dalam struktur ini?
-
Bagaimanakah prestasi setiap penjawat ini di ukur?
-
Apakah bimbingan dan kursus yang diberikan kepada mereka? Sila nyatakan program dan jumlah kewangan yang diperuntukkan
78) GEJALA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah-masalah gejala sosial di kawasan kampung dan taman?
-
Adakah wujud program yang dirancang seumpama program penerangan kepada ketua-ketua kampung dan ahli majlis mengenai tanggungjawab menangani gejala sosial di tempat mereka?
