78) TAPAK TANAMAN KONTAN ORGANIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif Kerajaan Negeri berikan kepada para petani dalam bidang tanaman organik
-
Adakah Kerajaan Negeri mengenal pastikan tapak-tapak kerajaan di Daerah Kuala Langat untuk Projek tanaman organik
-
Sila nyatakan lokasi tapak dan keluasannya
78) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan (i) jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEB untuk menguruskan pungutan sisa pepejal dan (ii) jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap pihak berkuasa tempatan.
-
Mohon senaraikan (i) jumlah sampah domestik dan (ii) jumlah sampah pukal (ton) dikutip oleh KDEB pada tahun 2019 (sehingga bulan Jun) mengikut setiap pihak berkuasa tempatan.
78) SUMBANGAN KEPADA NGO DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sumbangan atau peruntukan kepada NGO-NGOÊIslam yang berdaftar bagi menyemarakkan lagi aktiviti mereka?
78) KESTABILAN KEWANGAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan kerajaan untuk mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam negara agar rakyat Selangor sentiasa terlindung dan terus menikmati skim bantuan Kerajaan Negeri?
78) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan ADUN di PBT dan kuasa ADUN untuk menyelaraskan perancangan PBT?
-
Mengapakah bayaran kompaun tidak diselarikan dengan pembaharuan lesen perniagaan setiap tahun?
78) GERAN SELANGORKU Ð PENGENALAN GAJI MINIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan GLC Negeri yang kewangannya belum stabil dan bakal menerima dana RM10 juta bagi menampung dasar ini.
-
Berikan pecahan peruntukan dana menurut senarai GLC Negeri seperti di atas.
-
Apakah program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti GLC Negeri dalam senarai di atas supaya GLC ini layak melaksanakan gaji minima?
78) SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan kerajaan negeri dalam menangani kesuraman aktiviti sukan antarabangsa di Selangor di samping memaksimumkan penggunaan kelengkapan yang kita ada seperti Stadium Shah Alam dan sebagainya, Huraikan
-
Satu ketika dahulu, MBPJ, MBSA dan MBPJ kelihatan gagah dalam sukan dan ada yang menghasilkan atlet Negara. Apakah terdapat perancangan dalam mengembalikan program di peringkat PBT ?
-
Huraikan berapakah jumlah peruntukan kerajaan negeri yang akan disalurkan kepada kegiatan dan aktiviti sukan di negeri Selangor mengikut daerah
78) PELABURAN DAN PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Saya lihat Selangor sebagai Negeri yang amat giat dalam sektor Perindustrian. Tetapi Kedudukan istimewa ini telah dilihat tergugat oleh negeri lain. Apakah rancangan Kerajaan pakatan rakyat dalam tempoh terdekat untuk membentuk satu suasana perniagaan yang lebih selesa dan senang pakai? Apakah rancangantelah diambil untuk menarik pelaburan di negeri Selangor?
-
Apakah keistimewaan yang telah diberi kepada mereka yang datang melabur di negeri Selangor?
-
Tolong nyatakan jumlah Direct Investment yang terlibat khususnya di negeri Selangor?
78) JAWATAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini penukaran jawatan Datuk Bandar MBPJ yang dilakukan secara mengejut?
-
Siapakah yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan jawatan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT?
-
Apakah garis panduan ataupun proses yang diguna pakai untuk (b) di atas?
78) SKIM SPS DAN KISS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Siapakan panel pemilih dan apakah kriteria pemilihan mereka yang mendapat kad SPS dan KISS?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menangguhkan pembatalan kad SPS buat sementara waktu kerana ramai penerima yang mengeluh kerana tidak dimaklumkan?
