78) TEBATAN BANJIR DI KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan jangka pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk mempastikan kejadian banjir kilat tidak berlaku di kawasan-kawasan "hot spot"?
-
Apakah status dan perkembangan pembinaan 2 kolam takungan air di tebing Sungai Kuala Langat untuk meleraikan masalah banjir kilat di kawasan Taman Perumahan Pekan Banting yang diusahakan oleh JPS?
78) TAPAK TANAMAN KONTAN ORGANIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif Kerajaan Negeri berikan kepada para petani dalam bidang tanaman organik
-
Adakah Kerajaan Negeri mengenal pastikan tapak-tapak kerajaan di Daerah Kuala Langat untuk Projek tanaman organik
-
Sila nyatakan lokasi tapak dan keluasannya
78) TATACARA BAGI PENGGUNAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneliti semula garis panduan yang sedia ada di peringkat pejabat daerah berkenaan tatacara bagi penggunaan peruntukan ADUN?
-
Kalau ya, adakah garis panduan baru yang terperinci akan dikeluarkan bagi memastikan tidak berlakunya salah guna peruntukan dan penyelewengan?
78) PROJEK PEMBINAAN JEJANTAS MOTOSIKAL LEBUHRAYA BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana kemajuan projek pembinaan jejantas motosikal yang menyeberangi Lebuhraya Baru Pantai?
-
Berapakah anggaran kos pembiayaan projek jejantas motosikal tersebut?
-
Bilakah projek jejantas motosikal tersebut dijangka siap?
78) UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Baru- baru ini bekalan air kepada Asrama Pelajar di kampus Utama UNISEL Bertari Jaya telah terputus. Tidakkah tangki bekalan air, sub-station dan loji kumbahan sepatutnya diserahkan oleh syarikat perunding dan kontraktor kepada institusi yang bertanggungjawab untuk mengendalikan utiliti ini. Apakah sebenarnya berlaku?
-
Apakah jaminan dari pihak UNISEL perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi?
78) PENERANGAN SELANGOR PERLU DITINGKATKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Umumnya tawaran Kerajaan Selangor melalui MES dan Warga Emas tidak sampai dan diketahui oleh rakyat Selangor. Sejauh manakah keberkesanan Penerangan Negeri Selangor?
-
Apakah penerbitan dan maklumat mengenai projek Negeri Selangor sampai ke sasaran.
-
Apakah kaedah lain yang difikirkan bagi memperkasakan Penerangan Negeri Selangor?
78) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan ADUN di PBT dan kuasa ADUN untuk menyelaraskan perancangan PBT?
-
Mengapakah bayaran kompaun tidak diselarikan dengan pembaharuan lesen perniagaan setiap tahun?
78) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah aduan yang diterima berkenaan kes pengurusan sisa pepejal yang tidak dikutip mengikut jadual di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada Januari 2012 sehingga Jun 2012?
78) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci bagaimanakah prestasi dan kedudukan kewangan Negeri Selangor bagi tempoh 9 bulan yang pertama tahun 2010 ?
-
Sila huraikan bagaimanakah kesan kelembapan ekonomi global terhadap kedudukan kewangan Negeri ?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Negeri ?
78) INFRA AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang dikeluarkan untuk pembinaan dan memperbaiki kemudahan awam di seluruh negeri Selangor, senaraikan kontraktor yang berjaya di senarai pendek untuk melaksanakannya.
