78) PENERANGAN SELANGOR PERLU DITINGKATKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Umumnya tawaran Kerajaan Selangor melalui MES dan Warga Emas tidak sampai dan diketahui oleh rakyat Selangor. Sejauh manakah keberkesanan Penerangan Negeri Selangor?
-
Apakah penerbitan dan maklumat mengenai projek Negeri Selangor sampai ke sasaran.
-
Apakah kaedah lain yang difikirkan bagi memperkasakan Penerangan Negeri Selangor?
79) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Perlantikan pengerusi-pengerusi PeBT tahun 2019 agak lambat dan kurang efisyen jika berbanding dengan sebelum ini. Saya memahami keadaan ini berlaku disebabkan sesi temu duga yang baru. Apakah usaha yang akan dibuat demi mengatasi masalah ini?
79) PETALING JAYA ELEVATED CITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS 8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?
79) PUSAT-PUSAT HIBURAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah pusat-pusat hiburan haram yang dikenal pasti mengikut daerah di Negeri Selangor ?
-
Sila berikan butiran terperinci mengenai jumlah pusat hiburan yang mempunyai lesen tetapi beroperasi tidak mengikut peraturanyang ditetapkan oleh pihak PST di seluruh Negeri Selangor ?
-
Setakat ini berapakah jumlah pengusaha yang telah diambil tindakan undang-undang dan jenis tindakan yang dikenakan ?
79) PERHENTIAN BAS BANDAR KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Perhentian bas di Bandar Klang masih digunakan. Perhentian bas ini tidak mempunyai tempat yang cukup untuk bas berhenti dan sebahagian daripada pemandu bas tidak mematuhi peraturan. Ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut dan ia juga merupakan salah satu punca kesesakan jalan raya di Bandar Klang. Apakah pandangan kerajaan terhadap hal ini?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?
79) RUMAH IBADAT & TANAH PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk pembinaan rumah ibadat setiap agama dalam tahun 2008-2010.
-
Berapakah keluasan tanah perkuburan awam setiap agama yang sedia ada?
-
Apakah perhitungan yang digunakan dalam perancangan untuk keluasan tanah perkuburan setiap agama?
79) MIMBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim MIMBAR?
79) INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah INSAN mempunyai syarikat penasihat syariah dan sebutkan nama syarikat tersebut?
79) NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Nelayan mengalami masalah mendapat ikan. Apakah sumbangan Negeri Selangor untuk i. Pertingkatkan hasil pengeluaran nelayan ii. Pertingkatkan pasaran ikan iii. Menangani kerakusan orang tengah
79) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bahawa harga rumah tidak melambung terlalu tinggi dan ianya masih mampu dimiliki oleh kebanyakan warga Selangor?
