79) KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah SOP dan kriteria untuk permohonan KISS yang dilancarkan baru-baru ini? Berapa jumlah peruntukan?
-
Jumlah penerima seluruh Selangor ikut pecahan DUN.
-
Jumlah kedai panel yang disediakan ikut pecahan DUN.
79) ORANG INDIA MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terdapat statistik yang menyatakan bahawa hanya 6% daripada masyarakat India di Selangor ialah orang miskin. Setakat manakah kenyataan ini benar?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan bahawa masyarakat India di Selangor juga tidak tersisir daripada arus pembangunan negara?
79) PENDAFTARAN TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai yang telah berdaftar dengan program Tabung Warisan Anak Selangor sejak 2008?
-
Berapa banyak wang RM1500.00 seorang yang perlu dibayar kepada mereka yang dilahirkan pada tahun 2008 apabila mereka mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026?
79) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di DUN Ijok situasi ini semakin buruk dan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah rancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah ini?
-
Sudahkah kaedah terkini yang berkesan diusahakan untuk mengatasi masalah ini?
79) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak atau bayi di premis kerajaan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu menggaji pembantu rumah atau menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan bayi swasta
79) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah perkampungan Orang Asli dan keturunannya yang masih wujud di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah perkampungan Orang Asli yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan ataupun komersial dari tahun 2004 hingga 2007 ? Sila berikan butir-butir
-
Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat Orang Asli dari terus terpinggir oleh arus pembangunan moden ?
79) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PTRS?
-
Apakah prosedur pembayaran elaun guru-guru PTRS? Mengapa berlaku kelewatan dari segi pembayaran?
79) KERJASAMA LPHS DAN MBI BAGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk kerjasama di antara LPHS dan MBI dalam perancangan pembangunan perumahan mampu milik Selangor?
-
Adakah penyelesaian terhadap perumahan peneroka bandar turut diambilkira?
79) ISU PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah motif isu pasir ini ditimbulkan kembali?
-
Adakah pihak yang menimbulkan isu ini diperalat oleh pihak musuh?
-
Walaupun pihak SPRM sahkan bersih dari rasuah, tidakkah kerajaan bercadang mengeluarkan penyata pengeluaran dan pendapatan di bawah pentadbiran sekarang?
79) PELAN TINDAKAN BENCANA ALAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bencana alam yang dihadapi oleh Negeri Selangor dengan perubahan iklim dan cuaca yang ketara dalam beberapa tahun ini?
-
Apakah Pelan Tindakan Menghadapi Bencana Alam Selangor untuk 10 tahun akan datang?
