79) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan pada tahun 2016 dan jumlahnya.
79) SERBUAN UNIT INTEGRITI OLEH SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak serbuan yang dijalankan oleh Unit Integriti Setiausaha Kerajaan dalam mengurangkan budaya lepak semasa bekerja pada tahun 2015 sehingga sekarang dan nyatakan bilangan staf yang dikenakan tindakan disiplin?
79) BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan untuk mengurangkan kejadian banjir di kawasan hotspot?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberikan bimbingan yang perlu kepada mangsa- mangsa banjir yang mengalami post-traumatic stress disorder?
-
Tahun 2016 berapakah wang dibelanjakan untuk mencegah banjir?
79) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PTRS?
-
Apakah prosedur pembayaran elaun guru-guru PTRS? Mengapa berlaku kelewatan dari segi pembayaran?
79) ISU PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah motif isu pasir ini ditimbulkan kembali?
-
Adakah pihak yang menimbulkan isu ini diperalat oleh pihak musuh?
-
Walaupun pihak SPRM sahkan bersih dari rasuah, tidakkah kerajaan bercadang mengeluarkan penyata pengeluaran dan pendapatan di bawah pentadbiran sekarang?
79) PETALING JAYA ELEVATED CITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS 8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?
79) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan pusat jagaan kanak-kanak atau bayi di premis kerajaan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu menggaji pembantu rumah atau menghantar anak-anak mereka di pusat-pusat jagaan kanak-kanak dan bayi swasta
79) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah perkampungan Orang Asli dan keturunannya yang masih wujud di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah perkampungan Orang Asli yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan ataupun komersial dari tahun 2004 hingga 2007 ? Sila berikan butir-butir
-
Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat Orang Asli dari terus terpinggir oleh arus pembangunan moden ?
79) KEMPEN KEBERSIHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan PBT yang telah menyertai Kempen Zon Bersih dan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ?
-
Sila huraikan apakah matlamat dan pencapaian kempen tersebut serta nyatakan apakah kelemahan yang dikenal pasti ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah yang paling berkesan dalam konteks menyedarkan orang ramai supaya prihatin terhadap kebersihan setempat ?
79) ASET KOMERSIL PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikatakan menjual semua aset bangunan komersialnya. Adakah dakwaan ini benar dan apakah tujuan penjualan aset-aset komersil ini?
-
Nyatakan aset-aset komersil yang terlibat dengan penjualan dan nilainya?
-
Apakah kesan penjualan ini terhadap matlamat PKNS membantu pembangunan sosioekonomi Bumiputera?
