79) PELABUHAN KELANG FREE ZONE (PKFZ)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kecoh berhubung dengan PKFZ. Walaupun PKFZ di bawah pentadbiran Persekutuan, tetapi oleh kerana ianya berada di dalam negeri Selangor, maka sebagai rakyat negeri Selangor kita bertanya kepada YAB DATO' Menteri Besar. Apakah masalah sebenarnya yang menimbulkan kekecohan berhubung dengan PKFZ
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengawasi PKFZ di bawah seorang EXCO
-
Sejauh manakah terjejasnya kepentingan negeri Selangor berhubung dengan kekecohan PKFZ.
79) PENDAFTARAN TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai yang telah berdaftar dengan program Tabung Warisan Anak Selangor sejak 2008?
-
Berapa banyak wang RM1500.00 seorang yang perlu dibayar kepada mereka yang dilahirkan pada tahun 2008 apabila mereka mencapai umur 18 tahun pada tahun 2026?
79) HAIWAN LIAR – MASALAH MONYET DAN ANJING BANYAK KALI DIBANGKITKAN TETAPI TIADA TINDAKAN BERKESAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Di DUN Ijok situasi ini semakin buruk dan membahayakan keselamatan penduduk. Apakah rancangan dan tindakan untuk mengatasi masalah ini?
-
Sudahkah kaedah terkini yang berkesan diusahakan untuk mengatasi masalah ini?
79) BELIA (PeBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Pada tahun ini , apakah jenis dan jumlah aktiviti belia yang telah dijalankan oleh PeBT?
-
Sejak Pakatan Rakyat memerintah, berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk aktiviti PeBT dan apakah langkah-langkah baru untuk mempertingkatkan penglibatan belia ini
-
Adakah kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai rancangan untuk memperkenalkan program Belia Niaga.
79) KERJASAMA LPHS DAN MBI BAGI PEMBANGUNAN PERUMAHAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk kerjasama di antara LPHS dan MBI dalam perancangan pembangunan perumahan mampu milik Selangor?
-
Adakah penyelesaian terhadap perumahan peneroka bandar turut diambilkira?
79) PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan penerima yang telah mendapat manfaat daripada program insentif perkahwinan seluruh Selangor.
-
Berapakah anggaran bilangan golongan muda yang berkahwin setiap tahun di seluruh Selangor?
-
Apakah penilaian Kerajaan tentang prestasi dan kejayaan program ini?
79) BANTUAN RM30 JUTA KEPADA UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan Selangor memberi butiran-butiran terperinci tentang sebidang tanah milik Unisel yang bernilai RM100 juta yang akan ditunaikan untuk membantu Unisel.
79) BENCANA ALAM DI KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pada bulan April yang lalu seramai 600 keluarga di Kampung Melayu Subang , Kota Damansara telah ditimpa banjir dan juga beberapa kawasan lain juga telah mengalami banjir. Kejadian ini berlaku setiap tahun di kawasan-kawasan yang sama. Apakah tindakan pencegahan proaktif yang diambil untuk memastikan banjir tidak berlaku lagi di Kampung Melayu Subang dan kawasan kritikal yang lain ?
79) ISU KESAN SAMPINGAN LAMBAKAN WARGA ASING DI KAWASAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri terhadap kelompok warga asing yang menyumbang masalah sampah 'haram', penyakit berjangkit dan perniagaan di tepi jalan serta jenayah?
-
Adakah kerajaan mempunyai direktori /data taburan warga asing dalam kawasan PBT?
79) GOLONGAN DIBANTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik bilangan golongan Ð ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang miskin, anak yatim yang berdaftar mengikut daerah?
