80) PENTADBIRAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai bilangan tenaga manusia yang berkhidmat di setiap pejabat tanah dan daerah mengikut pangkat dan pengalaman dalam pengurusan hal ehwal tanah bersertakan jumlah kutipan cukai tanah tahunan setiap pejabat daerah ini pada tahun 2007
80) DAKWAAN BEYOND BRAND COMMUNICATION DAPAT BANYAK KONTRAK PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah benar penulis teks ucapan dari Beyond Brand dibayar RM7,000 sebulan?
-
Apakah benar bagi program rebranding, Beyond Brand telah dibayar RM200,000?
-
Apakah benar Beyond Brand dibayar hampir RM1 juta bagi menguruskan kerjasama PKNS, Bernama dan Utusan Malaysia?
80) PERLOMBONGAN PASIR DAN BATUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lokasi lombong pasir yang diluluskan selepas Jun 2008?
-
Apakah syarat-syarat dalam pemilikan syarikat perlombongan pasir?
-
Berapakah lokasi kuari batuan yang berlesen dan apakah syarikat-syarikat yang terlibat?
80) AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Dalam usaha memperbaiki kualiti pentadbiran dan pengurusan masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Adakah senarai nama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau yang ditauliahkan oleh pihak JAIS bermula dari Jun 2009 berdasarkan senarai sebenar seperti yang di cadang/diputuskan oleh Mesyuarat Agong Tahunan setiap masjid dan surau berkenaan seperti yang telah diadakan?
80) PJ Dispersal Link
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah pelaburan (tunai atau bukan tunai) yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dalam projek ini?
-
Apakah peratus milikan syarikat ini yang diminta oleh Kerajaan Negeri untuk pelaburan ini?
80) BANTUAN KEPADA PESAKIT COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bantuan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan untuk pesakit Covid-19 yang telah dan sedang diperuntukkan oleh Kerajaan Selangor. Senaraikan penerima bantuan berkenaan di daerah Kuala Langat serta jumlah yang diterima oleh setiap penerima.
80) EKO-PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan industri Eko- pelancongan bagi Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri bagi membangunkan eko-pelancongan di Kawasan Taman Templer seperti Hutan Lipur Kanching, Templer Park, Hutan Rimba Komanwel, Bukit lagong?
-
Berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk perancangan ini?
80) KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kilang tanpa izin yang telah dikenalpasti di kawasan DUN Balakong?
-
Apakah sebab kilang-kilang ini tidak dapat diputihkan?
81) Kerosakan Jalan Di Ijok / Bestari Jaya
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah2 dan tindakan tegas Kerajaan Negeri untuk menghentikan kerosakan jalan yang sering disebabkan oleh kenderaan berat?
81) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pecahan bantuan kewangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Selangor kepada setiap SJKC, SJKT, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama di daerah Kuala Langat sejak tahun 2008.
