81) RUMAH SMART SEWA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan unit rumah Smart Sewa diseluruh Negeri Selangor? sila nyatakan mengikut DUN atau daerah
-
Apakah masa depan kepada penyewa rumah Smart Selangor ini selepas tempoh 5 tahun?
81) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kawasan DUN Tg. Sepat mempunyai banyak industri kecil sederhana makanan ringan. Bilakah Pusat IKS akan diwujudkan di kawasan tersebut?
81) KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Dalam kita yang sedang dilanda wabak denggi ini khususnya di Negeri Selangor. Apakah pendekatan atau kaedah yang diambil untuk menanganinya?
-
Apakah 5 penyakit2 yang menyebabkan kematian paling tinggi di Negeri Selangor ini, berikan statistik.
81) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Sehingga kini berapakah jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Selangor dan berapakah anggaran pelaburan yang bakal diraih oleh Selangor untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan sehingga tahun 2010?
-
Adakah akibat demonstrasi jalanan yang berlaku di Selangor memberi kesan terdapat perkembangan sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan?
-
Negara manakah yang telah dilawati untuk misi pelaburan dan berapakah belanja yang dikeluarkan untuk semua misi - misi pelaburan dan perdagangan tersebut?
81) TANAH-TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Terdapat usaha-usaha dari rakyat tempatan terhadap tanah-tanah Kerajaan di daerah Hulu Langat untuk pertanian melebihi antara dua puluh hingga tiga puluh tahun dan kini telah mengeluarkan hasil dan pernah mendapat L.M.S. (T.O.L.) Kenapa Kerajaan menolak permohonan mereka sedangkan mereka pernah berjasa kepada Tanah Air seperti menjadi anggota RELA dan sebagainya?
-
Apakah Kerajaan mempunyai perancangan terhadap tanah-tanah tersebut setelah permohonan mereka ditolak? (setelah ditolak bermakna tanah dikembalikan kepada Kerajaan.
81) BANTUAN MODAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada pemohon-pemohon skim MIMBAR & SKIMSEL?
-
Senaraikan pemohon yang berjaya mengikut bangsa
81) JALAN-JALAN YANG DIBERI NAMA TOKOH-TOKOH NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak jalan yang telah dinamakan atas nama tokoh-tokoh yang menyumbang kepada negara dan Selangor di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta tahun ia dinamakan semula?
-
Apakah perkembangan terbaru kerajaan untuk menamakan semula Jalan Barat sebagai Jalan V. David?
81) TANAH YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Mahkamah memutuskan bahawa tindakan kerajaan negeri melucutkan tanah milik YBK di Serendah dan memulangkan bayaran cukai sebagai tidak sah dan terbatal. Apakah kerajaan negeri tidak mendapat nasihat perundangan ketika melakukan tindakan perlucutan dan pemulangan cukai terdahulu?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mempertimbangkan projek UiTM di Serendah?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin melalui NGO- NGO?
81) INDUSTRI PERKHIDMATAN DAN PERHOTELAN DI BAWAH ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Terdapat tiga hotel iaitu Quality Hotel City Centre, Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel dan juga Peransang Templer Golf Club di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Sila kemukakan butiran untung rugi setiap perkhidmatan di atas sejak tahun 2004 hingga 2008
-
Sila senaraikan pelanggan-pelanggan korporat utama yang menggunakan perkhidmatan di atas.
-
Apakah nilai buku (book value) dan nilai pasaran (market value) bagi setiap perkhidmatan di atas dalam kedudukan semasa
81) INDUSTRI TERNAKAN BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kita mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Ternakan Moden Babi di Selangor. Baru-baru ini didapati kes penyakit selesema babi H1N1 telah melanda dunia secara global dan Malaysia tidak terkecuali dari terkena gejala penyakit ini. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Projek Ternakan Moden Babi ini setelah mendapati ianya amat berisiko tinggi kepada kesihatan umum bukan sahaja kepada masyarakat sekitar tetapi kepada negara secara keseluruhan
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil Kerajaan Negeri supaya penyakit ini tidak menular di kalangan ladang-ladang ternakan babi sedia ada di Negeri Selangor
