81) KERAJAAN PRIHATIN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan maklumat terperinci mereka yang tergolong dalam kategori miskin (pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,500) mengikut pecahan PBT dan kaum. (jumlah penduduk, jumlah yang miskin)

    Klik jawapan »

  2. Apakah dasar kerajaan dalam mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat dalam masyarakat khasnya dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan dengan terperinci badan-badan yang terlibat dalam pembinaan semula rumah keluarga miskin di Selangor. (nama badan, bentuk bantuan, jumlah peruntukan).

    Klik jawapan »

81) KEMBARA ATV HUTAN GOMBAK TIMUR HULU KELANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk membantu memajukan aktiviti kembara ATV (All-Terrain Vehicle) di Kg Kemensah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk insentif atau subsidi yang boleh diberikan oleh Kerajaan bagi menggalakkan anak muda terlibat dalam kembara ATV?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan Tourism Selangor membantu mempromosikan kembara ATV ini ke seluruh dunia?

    Klik jawapan »

81) HOSPITAL AWAM PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Menurut RTPJ 2 tapak yang telah diwartakan PBN Selangor pada 2011 kini diduduki kontena Nasional bakal dibangunkan semula bagi tujuan pembinaan hospital awam, SOHO dan perumahan. Bilakah Kerajaan Selangor akan mulakan usaha pembinaan Hospital Awam di PJ?

  2. Adakah kerajaan Negeri akan melakukan pengambilalihan tanah bagi tujuan pembangunan hospital awam? Apakah cadangan penyelesaian kepada isu keperluan kemudahan kesihatan yang mendesak bagi penduduk di Petaling Jaya?

81) BANTUAN UNTUK RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setiap tahun dari 2008 hingga 2016 bagi Rumah Ibadat Bukan Islam?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah Rumah Ibadat Selain Islam telah dibantu setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2016?

  3. Berapa keluasan tanah yang telah digezetkan kepada Rumah Ibadat Selain Islam dari tahun 2008 hingga 2015?

    Klik jawapan »

81) JAWATAN YDP YANG DIKOSONGKAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kerajaan akan mengisi kekosongan jawatan YDP di beberapa PBT dan terangkan prosedur pelantikannya secara terperinci dan apakah hak yang ada pada kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

81) KENAIKAN TAMBANG BAS SEKOLAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi menangani kenaikan tambang bas sekolah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah peranan kerajaan negeri bagi memastikan ibu bapa tidak terbeban dengan kenaikan tambang bas sekolah?

81) MASALAH JEREBU

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan masalah jerebu di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi membendung masalah ini?

    Klik jawapan »

81) KELEWATAN PENDAFTARAN PINDAHMILIK HAKMILIK STRATA DI PEJABAT-PEJABAT TANAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sebab untuk pejabat-pejabat tanah di Negeri Selangor mengambil masa begitu lama, iaitu melebihi enam (6) bulan untuk mendaftarkan pindah milik bagi hak milik strata apabila hak milik-hak milik bukan strata hanya diperlukan tujuh (7) hari untuk pendaftaran?

  2. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi kelewatan pendaftaran pindah milik hak milik strata dan mempercepatkan proses tersebut?

81) PENGURUSAN SISA PEPEJAL OLEH PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah keberkesanan pengurusan sisa pepejal yang dikendalikan sendiri oleh PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan yang dapat diperolehi oleh setiap PBT jika dibandingkan semasa pengurusan dibawah Syarikat Alam Flora ?

    Klik jawapan »

  3. Sila kemukakan pendekatan-pendekatan proaktif yang dilakukan oleh pihak PBT dalam menangani permasalahan sisa pepejal.

    Klik jawapan »

81) Kerosakan Jalan Di Ijok / Bestari Jaya

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah2 dan tindakan tegas Kerajaan Negeri untuk menghentikan kerosakan jalan yang sering disebabkan oleh kenderaan berat?

    Klik jawapan »