81) KADAR BIL UTILITI BAGI PONDOK PENGAWAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kadar bil TNB dan Air Selangor bagi pondok pengawal di kawasan perumahan dikenakan kadar komersial?
-
Memandangkan pondok pengawal adalah untuk kegunaan keselamatan taman perumahan, bolehkah kadar tersebut ditukar kepada kadar kediaman?
81) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah benar UNISEL menghadapi kemerosotan pelajar-pelajar yang memasuki Universiti tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan kemerosotan tersebut?
-
Sila senaraikan bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di UNISEL mengikut tahun daripada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010
-
Sejauh manakah UNISEL menghadapi masalah kewangan dalam pentadbiran Universiti tersebut. Sila senaraikan jumlah perbelanjaan dan pendapatan UNISEL mengikut tahun 2007,2008 dan 2009. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan prestasi kewangan UNISEL diatasi segera?
82) BANTUAN DAN BIASISWA PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan memberi biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 mahu memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada para pelajar. Apakah tindakan Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat tersebut?
-
Berapa banyakkah perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk membiayai bantuan dan biasiswa tersebut?
-
Nyatakan jumlah orang pelajar, pecahan kaum dan jenis kursus dan institusi di mana pelajar tersebut belajar?
82) HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (HIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Halal International Selangor (his) di dalam dan luar negeri?
82) SENARAI KONTRAKTOR PEMBERSIHAN KDEB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kontraktor pembersihan yang dilantik oleh KDEB di dalam kawasan Dewan Negeri Seri Andalas, sejak KDEB dilantik untuk menguruskan kerja-kerja pembersihan oleh Kerajaan Negeri.
-
Senaraikan kawasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kontraktor pembersihan yang telah dilantik oleh KDEB di dalam kawasan Dewan Negeri Seri Andalas.
-
Butirkan Skop Kerja dan Nilai Kontrak setiap kontraktor pembersihan yang dilantik oleh KDEB di dalam kawasan Dewan Negeri Seri Andalas.
82) DEMONSTRASI MANSUH PTPTN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelajar yang terlibat dan faktor penglibatan mereka?
-
Apakah pendirian dan tindakan pengurusan UNISEL terhadap mereka yang terlibat?
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap budaya demonstrasi yang ditanamkan dalam diri pelajar khasnya demonstrasi PTPTN di Dataran Merdeka?
82) KADAR PENEMBUSAN SMUE PADA SETIAP KAUM DI SETIAP DAERAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar penembusan SMUE mengikut kaum di setiap peringkat Daerah di Selangor dan berapakah bayaran yang telah dibayar kepada pewaris mengikut kaum ?
82) LEMBU YANG BERKELIARAN DI JALAN RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan tentang lembu yang asyik berkeliaran di atas jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya?
82) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan boleh membantu pemasangan wifi di Sekolah Vokasional Sg Buloh?
-
Bilakah kerajaan akan meluaskan pemasangan wifi di sekitar kawasan rumah apartment di Aman Dua?
82) SIBER KAFE
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Didapati bilangan siber kafe kian bertambah di Selangor dan ini telah mempengaruhi para pelajar yang suka melepak di situ. Kerajaan Negeri telah meluluskan berapa jumlah lesen untuk siber kafe pada tahun 2009 ?
-
Berapa kerapnya Kerajaan Tempatan telah mengambil tindakan terhadap siber kafe yang tidak berlesen ?
