82) MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah hasil kutipan cukai pintu untuk MPAJ tahun 2010?
-
Apakah sasaran kutipan tahunan cukai pintu untuk MPAJ mengikut jumlah dalam ringgit dan peratusan kutipan?
-
Apakah tindakan MPAJ dan kerajaan negeri kepada pihak yang tidak membayar cukai tanah dan cukai pintu serta mempunyai tunggakan yang bertahun-tahun seperti menyita, menyaman, tindakan mahkamah dan sebagainya.
82) PROJEK PEMBESARAN SUNGAI RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek pembesaran Sungai Rawang?
-
Memandangkan kontraktor berkenaan telah diadu kerana tidak bekerja dengan baik, apakah tindakan susulan kerajaan negeri agar projek tersebut dapat disiapkan?
82) CADANGAN PENUBUHAN AGENSI PEKERJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi pekerjaan Negeri Selangor bagi menangani isu kumpulan pekerjaan Ô3DÕ (Dirty, Difficult & Dangerous) yang banyak diisi oleh pekerja asing, walaupun ramai anak negeri yang menganggur?
-
Statistik pengambilan pekerja asing di Selangor mengikut sektor (2011Ð2015)?
82) TENDER PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama semua kontraktor yang mendapat kontrak pengurusan sampah di taman-taman perumahan di DUN Meru untuk tahun 2012.
-
Apakah kriteria asas yang diperlukan MPK bagi sesebuah syarikat itu tersenarai dalam tender terbuka untuk sesuatu projek di kawasan MPK ?
82) PENGGUNAAN LAMBANG ATAU BENDERA PARTI UNTUK ACARA-ACARA ATAU PROGRAM MESRA RAKYAT OLEH ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Adakah ADUN-ADUN dibenarkan menggunakan lambang atau bendera parti untuk acara-acara atau program mesra rakyat yang melibatkan penggunaan peruntukan ADUN?
-
Apakah garis panduan berkenaan perkara ini sekiranya ada?
82) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan Skim Peduli Siswa
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Peduli Siswa mengikut universiti dan jumlah bantuan yang diterima.
-
Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan skim tersebut?
82) BAYARAN PREMIUM TANAH KG BARU DENGKIL. KERAJAAN TELAH MENGENAKAN SEMULA KADAR BAYARAN PREMIUM KEPADA 40 LOT RUMAH DI KG BARU DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakan bantuan yang kerajaan negeri berikan kepada mereka yang tidak mampu untuk membayar premium yang tinggi
-
Bagi mereka yang telah membayar premium bilakah surat hak milik akan dikeluarkan
82) TASK FORCE
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri ada menubuhkan task force seperti task force tanah negeri dan melantik tenaga pakar untuk memperbaiki pentadbiran tanah negeri. Berapa task force kah yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri dan apakah terma rujukan mereka?
-
Berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membiayai tenaga pakar dalam semua task force tersebut?
-
Apakah cadangan dan inovasi yang telah dihasilkan oleh task force dan dapat dimanfaatkan oleh kerajaan negeri?
82) PROGRAM HADIAH PENGAJIAN INTITUSI PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan penerima skim hadiah ini dari 2008-2013 mengikut daerah, Parlimen dan DUN
-
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2012 siri 2 bagi Negeri Selangor ada mengatakan Program HPIPT kurang memuaskan kerana syarat kelayakan pemohon tidak dipatuhi sepenuhnya. Apakah syarat minimum permohonan HPIPT dan sebab syarat kelayakan tidak dipatuhi?
-
Adakah Program HPIPT memberikan impak yang positif kepada pelajar secara menyeluruh?
82) PRESTASI PENJAWAT AWAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan prestasi penjawat awam berada di tahap terbaik?
-
Apakah pendekatan yang diambil kepada penjawat awam yang bermasalah?
