9) JUMLAH KUTIPAN HASIL TAHUN 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu bagi tahun 2018 dan perbandingan dengan sasaran yang ditetapkan?
9) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta yang telah menyertai program tersebut sejak ianya dijalankan mengikut pecahan daerah dan kaum?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dan bilakah kadarnya akan dinaikkan kepada RM150.00?
-
Bilakah Jom Shopping Warga Emas secara bulanan akan dijalankan semula?
9) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan nombor syarikat kesemua 17 kontraktor yang dilantik untuk mengurus sisa pepejal di MBPJ sejak 1 Ogos 2016.
-
Senaraikan juga bilangan NTC yang telah dikeluarkan kepada mana-mana 17 kontraktor sehingga sekarang.
9) PEMULIHAN SEKTOR PELANCONGAN PASCA COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan di negeri Selangor pasca Covid-19?
-
Apakah bantuan kepada pekerja-pekerja sektor pelancongan yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
9) TENDER PROJEK PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT TAHUN 2013 HINGGA SEKARANG BULAN JULAI 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek PTD Kuala Langat dari Tahun 2014 hingga bulan Julai 2015
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Telok Datok, Morib dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos berjaya memperolehi tender
9) KILANG HARAM DI SUNGAI-SUNGAI UTAMA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang-kilang haram di tebing Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih dan sungai-sungai utama yang lain yang merupakan sumber air mentah untuk loji rawatan air di Selangor?
-
Berapakah yang telah ditutup oleh kerajaan negeri semenjak 2014?
-
Sila senaraikan (b).
9) PENTADBIRAN TANAH DAN TASK FORCE
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kes-kes tertunggak dalam pengeluaran tukar syarat dan hak milik strata, apakah tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi permasalahan begini yang sekian lama dibelenggu terutamanya penduduk di sebahagian perkampungan Telok Gong, Pelabuhan Klang dan kawasan yang lain
-
Sila perincikan statistik guna tanah di Pelabuhan Klang khususnya dan apakah tindakan kerajaan negeri terhadap tanah-tanah yang tidak dibayar premium, cukai tanah atau lesen pendudukan sementara (tanah TOL) yang tidak diusahakan oleh pemilik.
9) KAD PEDULI SIHAT (KATEGORI KHAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri masih mengekalkan kategori khas Kad Peduli Sihat?
9) PELAKSANAAN OSC 3.0
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak PBT telah mula mengguna OSC 3.0? Berapakah kos yang perlu dibiayai oleh setiap PBT?
-
Apakah kelebihannya berbanding sistem OSC yang lama?
-
Berapa banyak sesi penerangan telah diadakan dengan pengguna-pengguna sistem OSC yang lama?
9) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Selepas proses pengemaskinian Peduli Sihat dan KISS adakah pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga membuat penambahan kuota untuk penerima yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH?
