9) WANG CAGARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah tempoh maksima untuk sesebuah PBT memegang wang cagaran untuk sesuatu projek pembangunan?
-
Apakah status wang cagaran tersebut sekiranya ianya tidak dituntut atau gagal dituntut oleh pihak pendeposit?
9) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) telah mewujudkan rangkaian perkhidmatan perpustakaan di seluruh Selangor. Sehingga Jun 2007, PPAS mempunyai 90 buah pusat perkhidmatan. Senaraikan kesemua 90 buah pusat perkhidmatan tersebut berserta butiran seperti alamat, kemudahan yang sedia ada dan yang berkaitan
-
Adakah perkhidmatan yang telah disediakan sejak 1983 (penubuhan perpustakaan desa pertama) sehingga kini berkesan melahirkan masyarakat membaca?
-
Bagaimana keberkesanan tersebut diukur. Berikan perangkaan dan butiran lanjut. Bagaimana membuat permohonan baru bagi kemudahan perpustakaan dan kriteria permohonan
9) MAMMOGRAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim Mammogram ini?
9) PEMBERIMILIKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan permohonan dan pemberimilikan tanah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru sejak Mac 2008 untuk kegunaan kediaman dan pertanian?
-
Berapa lama yang diperlukan untuk pemprosesan permohonan tanah kerajaan kepada hak milik persendirian?
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap pemberimilikan tanah pegangan kekal( free hold )?
9) MEMUPUK KEHARMONIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan bagi memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat?
9) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Perancangan Projek Pembersihan Sungai Klang ?
-
Sila nyatakan nama syarikat swasta yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dan bagaimanakah latar belakang syarikat tersebut ?
-
Sila kemukakan anggaran awal jumlah kos kerja-kerja pembersihan Sungai Klang dan nyatakan apakah implikasi jangka pendek dan jangka panjang terhadap perkembangan ekonomi Negeri Selangor ?
9) SKIM TUNAS-BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini setelah ianya dilancarkan?
-
Berapa banyakkah dalam bentuk statistik, Tadika dan Pelajar yang mengambil bahagian dan yang telah mendapat manfaat hasil dari program ini sejak ianya dilancarkan?
9) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2012.
-
Apakah mekanisme yang diadakan di antara Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memantau dan mengurangkan kadar jenayah di Selangor?
-
Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?
9) STRUKTUR TELEKOMUNIKASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri membenarkan struktur telekomunikasi (telco tower) dibina di kawasan lapang ataupun taman permainan kanak-kanak?
-
Jika ya, apakah peruntukan undang-undang yang diguna pakai untuk membenarkan struktur jenis komersil di kawasan lapang/taman rekreasi?
9) Gangguan Bekalan Air Di Taman Melawati Zon C, E, G
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Setelah tahu punca kerapnya berlaku paip pecah di zon-zon tersebut dan berapakah kos yang terlibat, adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan geran khas kepada Air Selangor bagi menyelesaikan masalah yang selama ini membebankan penduduk?
