9) PROGRAM KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah matlamat utama program tersebut dilaksanakan?
-
Sila perjelaskan apakah usaha ini membuktikan kegagalan pihak PDRM mengawal keselamatan kampung dengan berkesan ?
-
Sila nyatakan berapakah insentif dan bayaran yang diberikan kepada JKKK yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ?
9) STANDARD KAWASAN TARIKAN PELANCONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan bagi memastikan kawasan tarikan pelancong mempunyai persekitaran yang bersih dan indah, infrastruktur awam yang berkeadaan sempurna dan mempunyai akses kepada pengangkutan awam bagi meningkatkan imej kawasan tarikan pelancong Negeri?
9) PELANTIKAN DATUK BANDAR DAN YANG DIPERTUA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah proses pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Selangor?
-
Sila berikan butir-butir mereka seperti kontrak pelantikan, tempoh perkhidmatan, gaji sebulan dan KPI (jika ada) di semua PBT di Selangor
9) JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH SETIAP AHLI EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh setiap ahli exco di badanbadan berkanun, anak-anak syarikat ataupun agensi-agensi lain
-
Berapakah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh setiap ahli exco untuk setiap jawatan yang disenarai di (a)?
9) PERKHIDMATAN HOSPITAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan penyediaan perkhidmatan hospital berlokasi di bahagian utara Sepang. Apakah rancangan pembinaan hospital di bahagian selatan Sepang terutama di DUN Sungai Pelek?
9) PELUANG PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ANAK MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah gaji purata dan pendapatan median golongan anak muda di Selangor? Bandingkan dengan negeri-negeri lain
-
Apakah polisi dan usaha kerajaan dalam membangunkan golongan anak muda dari segi pekerjaan dan pendapatan?
-
Apakah prospek anak muda di Selangor berbanding negeri lain?
9) PERUNTUKAN KEPADA SJKT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua sekolah SJKT yang telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dari tahun 2005 hingga 2011 setiap tahun.
9) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA DI PULAU INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberi serta meluaskan lagi kemudahan Wifi Percuma di dalam kawasan Pelabuhan Klang terutamanya di Mukim Pulau Indah Daerah Klang?
9) PROJEK MENAIKTARAF JALAN BANTING KE JUGRA B58
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebenar keseluruhan projek?
-
Berapa kalikah lanjutan tempoh yang diberikan kepada kontrator?
-
Bilakah projek ini akan disiapkan sepenuhnya?
9) DEMOKRASI DAN URUS TADBIR BAIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sila nyatakan tempoh masa Kerajaan Negeri dalam merealisasikan pendemokrasian PBT.
-
Nyatakan keberkesanan setiap PBT dari segi jumlah purata masa yang diambil untuk menyelesaikan aduan orang awam mengikut jenis aduan.
