84) BALAK TANAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan, lokasi dan hasil daripada pembalakan tanam semula mengikut daerah?
84) PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa chalet-chalet di bawah kelolaan Tourism Selangor di Sungai Chongkak, didapati terlalu usang?
-
Jika ya, apakah langkah-langkah yang akan diambil?
-
Minta dibentangkan usaha-usaha pembangunan Pelancongan Negeri Selangor yang lepas dan perancangan akan datang secara menyeluruh.
84) KUOTA JUALAN BUMIPUTERA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah piawaian dalam penetapan kuota jualan bumiputera bagi setiap jenis projek pembangunan?
-
Apakah mekanisma menyeluruh untuk pengurangan kuota jualan bumiputera bagi projek pembangunan perumahan yang tidak mendapat sambutan daripada golongan bumiputera?
-
Apakah cara untuk mengeluarkan hak milik individu kepada pembeli yang membeli harta dibawah kuota bumiputera tanpa kesedaran akibat pemaju tidak mematuhi penetapan syarat tersebut?
84) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keluasan terkini Tanah Rizab di Melayu Negeri Selangor?
-
Berapa banyak Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status kepada bukan Tanah Rizab Melayu?
-
Adakah tanah yang ditukar status ini digantikan semula?
84) SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Selepas tamat Skim Ceria, apakah rancangan Kerajaan bagi meneruskan program serupa yang berkesan membantu pengurusan rumah berstrata kos rendah?
84) CAR BOOT SALE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi Kerajaan terhadap aktiviti hujung minggu rakyat yang dipanggil sebagai ÒCar Boot SaleÓ?
-
Apakah syarat-syarat yang telah dikenakan/akan dikenakan kepada individu yang terlibat dalam perniagaan sebegini?
-
Bolehkah lesen dikecualikan daripada peniaga-peniaga car boot sale?
84) SEMAKAN SKIM GAJI DAN BONUS KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan telah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 7%-13% dalam pembentangan Bajet 2012, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan gaji bagi kakitangan kerajaan negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri akan memberikan bonus tambahan kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor pada hujung tahun ini?
-
Adakah kedudukan kewangan kerajaan negeri mengizinkan untuk berbuat demikian?
84) SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apa jenis projek Smart Selangor yang dirancang dan dilaksanakan pada tahun 2018-2019?
-
Berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada SSDU pada tahun 2018 dan 2019?
84) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan penempatan baru yang dibuka di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan hujan dan kawasan penebat banjir telah dibangunkan di negeri Selangor?
-
Berapa banyakkah perbelanjaanyang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi menangani banjir kilat dan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir kilat yang berlaku sepanjang tahun lalu?
-
Apakah perancangan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat?
84) KAWASAN PENEROKA BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah terkini keluasan tanah kerajaan yang diduduki oleh peneroka bandar di seluruh Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi mencapai sifar peneroka bandar di Selangor?
