84) PEKERJA ASING DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap pekerja asing yang menjadi pelayan di restoran dan premis dalam tahap kesihatan dan piawaian kerja yang baik dan berkualiti

    Klik jawapan »

  2. Adakah program yang di laksanakan dan berapa ramai yang terlibat.

    Klik jawapan »

84) PROGRAM IBU TUNGGAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?

    Klik jawapan »

  3. Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?

    Klik jawapan »

84) BAHASA-BAHASA ETNIK RUMPUN MELAYU

Tahun:

Sesi:

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha Kerajaan Selangor dalam memulihkan pembelajaran bahasa bahasa etnik rumpun Melayu yang dikhuatiri akan pupus dalam masa 20 tahun?

    Klik jawapan »

85) KUTIPAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah benar perkhidmatan kutipan sampah oleh Alam Flora di Negeri Selangor ditamatkan?

  2. Jika benar apakah sebab-sebab utama perkhidmatan tersebut ditamatkan?

  3. Apakah langkah-langkah untuk memastikan perkhidmatan kutipan sampah tidak terjejas?

85) HABITAT KELIP-KELIP

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha pemuliharaan dan konservasi habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan supaya habitat dan ekosistemnya terus terpelihara dan terus menjadi tarikan pelancong.

    Klik jawapan »

85) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN SENSITIF ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Di manakah lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan sensitif alam sekitar di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan butir-butir mengenai pemaju-pemaju yang telah diluluskan untuk membangun di kawasan sensitif alam sekitar dalam tempoh empat tahun yang lepas dan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pemaju yang telah membangun di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah dasar pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar dalam negeri Selangor?

    Klik jawapan »

85) PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Sejak penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, berapakah kawasan berpasir telah mula beroperasi dan berapakah yang masih terbuka untuk kontraktorkontraktor? Sila huraikan mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Dua timbunan pasir di Rawang kerap menjadi sasaran orang ramai dan sehingga kini, tiada tindakan susulan daripada Kumpulan Semesta walaupun surat telah dihantarkan dan laporan polis telah dibuat. Apakah cadangan Kumpulan Semesta untuk meredakan perebutan pasir tersebut oleh orang ramai?

    Klik jawapan »

85) PERANCANGAN PEMBANGUNAN PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Majlis Bandaran/Perbandaran telah ditugaskan untuk merancang kawasan masing-masing agar pembangunan berjalan dengan lancar. Adakah peraturan-peraturan yang bertulis di mana setiap projek pembangunan yang diluluskan beberapa tahun dahulu akan disemak kembali sebelum memulakan pembinaan khususnya dari segi maklumat baru tentang kepadatan penduduk, kepadatan kenderaan yang melalui kawasan tersebut, pembinaan yang baru wujud dan sebagainya

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap projek pembangunan untuk menyediakan kemudahan seperti sekolah, tempat amal ibadat, bomba, balai polis dan sebagainya. Sekiranya ada, bagaimana perlaksanaannya

    Klik jawapan »

85) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak projek menyiapkan projek terbengkalai telah diusahakan Kerajaan Negeri semenjak Mac 2008 sehingga Jun 2009.

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah utama yang menghalang Kerajaan Negeri untuk membantu menyiapkan projek tersebut

    Klik jawapan »

  3. Berapa peratus masalah projek terbengkalai ini berjaya diatasi sehingga kini.

    Klik jawapan »

85) RIZAB TUNAI DAN KEWANGAN MDKL

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak rizab tunai yang berada dalam simpanan MDKL sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Berikan analisa terhadap trend kutipan hasil dan perbelanjaan dan liabiliti yang ditanggung MDKL untuk tempoh lima tahun kebelakangan ini dengan penjelasan terhadap sebarang kenaikan atau penurunan yang drastik.

    Klik jawapan »