90) PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG TIDAK SEMPURNA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Pembangunan yang tidak sekata dan terancang menyebabkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya tergantung tanpa penyambungannya . Pemaju enggan membuatnya kerana ianya di luar bidang kuasanya. Akhirnya penduduk setempat menghadapi kesukaran. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal pembangunan agar isu tersebut tidak berlaku?
-
Kini ,Pihak Berkuasa Tempatan memegang wang cagaran tunai daripada pemaju yang boleh digunakan untuk menyempurnakan mana-mana kemudahan infrastruktur yang tidak siap. Apakah langkah Kerajaan untuk memperbaiki polisi kini ?
90) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kawalan tapak perlupusan sampah haram di Jalan Hulu Langat-Ampang dan berapa jumlah tapak perlupusan haram yang telah dikenal pasti?
90) DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah peratusan/ jumlah wabak denggi mengikut daerah
-
Apakah usaha Jabatan Kesihatan dalam memastikan wabak denggi dapat dikurangkan dari masa ke masa ?
90) SKIM BAUCAR TUISYEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Serapa banyak kah kerajaan telah peruntukkan bagi program ini mengikut negeri dan daerah-daerah di negeri Selangor?
-
Adakah skim ini berjaya membantu pelajar-pelajar yang kurang mampu dari segi pelaksanaannya?
-
Apakah alternatif lain yang lebih berkesan yang boleh di laksanakan?
90) KESAN PENUTUPAN IKYS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Mesyuarat DUN pernah meluluskan usul agar Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap dibuka semula. Apakah tindakan semasa susulan kerajaan negeri daripada usul yang diluluskan?
-
Apakah kesan baik kepada pelajar terbabit kesan penutupan tersebut?
-
Apakah perancangan kerajaan bagi bangunan IKYS yang ditinggalkan?
90) PEGAWAI PENJAWAT AWAM KONTRAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan penjawat awam kontrak pelbagai peringkat bagi setiap jabatan? Senaraikan.
-
Di Jabatan manakah bilangan 5 tertinggi penjawat awam kontrak ini?
-
Apakah halangan yang dikenal pasti untuk menyerap mereka kepada jawatan tetap?
90) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Berapakah allowance yang di terima setiap ahli majlis mengikut PBT?
-
Berapakah peruntukan setiap kawasan ahli majlis mengikut kawasan PBT?
90) MASALAH NELAYAN PUKAT TUNDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah permit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perikanan kepada nelayan pukat tunda di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010 ?
-
Sila nyatakan kenapa kebelakangan ini terdapat banyak aduan tentang pencerobohan pihak Polis Merlin Negara jiran khususnya Indonesia yang menangkap nelayan pukat tunda ?
90) PENJUALAN ARAK/ MINUMAN KERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bersedia melarang penjualan arak/ minuman keras selepas tengah malam?
90) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Senarai Pegawai Maklumat bagi setiap jabatan Kerajaan Negeri Selangor
-
Senarai maklumat hubung (termasuk alamat e-mail, nombor telefon dan sebagainya) bagi Pegawai Maklumat di setiap jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang telah disenaraikan sebagai jawapan bagi soalan a).
