90) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa unit rumah Mampu Milik yang telah diluluskan sejak 2013 - 2015 di kawasan Kuala Langat?
90) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan telah mempunyai Pelan Induk Pembangunan Pertanian negeri Selangor?
90) MASALAH ÒJOINT MANAGEMENT BODYÓ (JMB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah biasa yang sering dialami oleh JMB seperti pemotongan air dan elektrik?
-
Jika tiada langkah yang boleh diambil, nyatakan sebab-sebabnya.
90) HASIL GALIAN DAN MINERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendapatan kerajaan yang berkaitan industri pasir di Selangor?
-
Berapa syarikatkah yang dibenarkan (berlesen) beroperasi untuk tujuan pengeluaran pasir di Selangor?
90) PERUMAHAN (MASALAH PENEMPATAN SETINGGAN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kita menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Jawatankuasa Khas ke arah menyelesaikan masalah pemindahan setinggan di Bukit Botak, Selayang yang telah berlarutan begitu lama. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat menjamin laporan Jawatankuasa Khas ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri supaya benar-benar dapat menyelesaikan masalah penduduk.
90) TASKA DAN NURSERI KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan kepada para pengusaha taska dan nurseri kanak-kanak yang terjejas akibat pandemik covid19?
-
Adakah terdapat SOP bagi Taska di rumah atau pengasuh di rumah dalam tempoh PKPP ini?
90) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Sabak Bernam merupakan Jelapang Padi Negeri Selangor dan penghasilan padinya adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu 10 tan per hektar. Namun demikian, masalah kekurangan air masih menjadi permasalahan utama para pesawah. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam menangani masalah ini?
-
Berapa banyakkah peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi?
90) KEBUDAYAAN DAN WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program yang telah dijalankan sepanjang tahun ini dalam usaha menghargai tradisi dan warisan kebudayaan.
-
Jika ada pelan tindakan, nyatakan
-
Berapakah jumlah kos yang telah digunakan dalam setiap program kebudayaan yang telah dianjurkan?
90) PENUBUHAN JMB BAGI FLAT IMPIAN INDAH A, B DAN C
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Bilakah Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Selayang bagi Flat Impian Indah A, B dan C akan menganjurkan penubuhkan JMB?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya bagi Majlis Perbandaran Selayang Bangunan terhadap pemaju bagi Flat Impian Indah A, B dan C yang berdegil untuk menubuhkan JMB?
90) BANK TANAH KERAJAAN(KLANG LAND BANK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah Kerajaan yang masih ada di daerah Klang.
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan tanah tersebut?
