89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?

    Klik jawapan »

89) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kilang-kilang haram yang telah diputihkan di daerah Klang sejak dari tahun 2010 sehingga sekarang?

    Klik jawapan »

89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai

    Klik jawapan »

  3. Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?

    Klik jawapan »

89) KAWALAN DEMAM DENGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kes-kes denggi sehingga 1 Oktober 2012 di seluruh Selangor menurut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kes kematian akibat demam denggi di seluruh Selangor menurut daerah?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program-program bersepadu membasmi pembiakan nyamuk aedes menurut daerah?

    Klik jawapan »

89) PRESTASI YDP, TYDP DATUK BANDAR DAN TIMBALAN DATUK BANDAR PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kehadiran setiap YDP, TYDP, Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.

    Klik jawapan »

  2. Berikan latar belakang akademik dan jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh pegawai-pegawai ini sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

    Klik jawapan »

89) URBAN AGRICULTURE

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perkembangan program pertanian bandar (urban agriculture) ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah impak segera yang dinikmati oleh masyarakat bandar yang menyertai program ini?

  3. Apakah program ini boleh mendatangkan pulangan ekonomi tinggi untuk masyarakat bandar?

89) PENGUKUHAN KEFAHAMAN ISLAM TERHADAP SAUDARA BARU DI KALANGAN ORANG ASLI

Tahun:

Sesi:

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Melalui penelitian yang dibuat berdasarkan maklumat atau kunjungan ke penepatan orang-orang asal khususnya di Negeri Selangor dan daerah- daerah tertentu didapati perlaksanaan mengukuhkan kefahaman Islam terhadap mereka begitu membimbangkan. Apakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan perkara tersebut?

    Klik jawapan »

89) MENINGKATKAN KEWANGAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah kewangan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sumber baharu sebagai alternatif meningkatkan kewangan negeri?

    Klik jawapan »

89) KUARI

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Walaupun kebanyakan kuari atau lombong batu mematuhi pada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, masih terdapat banyak aduan bahawa kegiatan ini mengganggu ketenteraman awam seperti keretakan rumah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa negeri dalam mengelakkan masalah tersebut daripada terus menghantui penduduk-penduduk, contohnya pencemaran bunyi, udara dan keretakan rumah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengawal aktiviti kuari yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan supaya kesan pencemaran bunyi dan udara dapat diminimumkan pada tahap yang selamat

    Klik jawapan »

  3. Kaedah-kaedah Kuari Selangor 2003 adalah tidak sempurna kerana hak penduduk yang berdekatan dengan kawasan kuari tidak terbela dalam kaedah tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Y.B. untuk menjaga/ memastikan keselamatan rakyat diutamakan?

    Klik jawapan »

89) TINDAKAN TERHADAP GENESIS ALUMINIUM SDN BHD

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap Genesis Aluminium Sdn Bhd yang telah mengakibatkan pencemaran mangan dan penutupan loji rawatan air Semenyih pada Feb 2015?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ia berjaya didakwa di mahkamah? Jika ya, apakah hukuman? Jika tidak, kenapa?

    Klik jawapan »