89) BANTUAN NELAYAN KECIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk bantuan ini dan bagaimanakah cara bantuan ini disalurkan kepada nelayan?
-
Berapa ramaikah nelayan yang berdaftar di Daerah Kuala Selangor khususnya di DUN Permatang?
89) FOKUS UTAMA TARIKAN KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah fokus utama Kerajaan untuk membangun kampung tradisi supaya boleh menjana masyarakat yang maju dan diberkati?
-
Apakah bantuan atau insentif khas dari segi peruntukan mahupun panduan kepakaran atau sumber lain bagi sesebuah kampung yang mahu memulakan projek perintis Òbaldatun tayyibatun wa rabbun ghafurÓ seperti di Kampung Delek?
89) BANTUAN USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berpakah jumlah penerima bantuan usahawan IAT mengikut DUN sejak 2015- 2017?
-
Berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan bagi menjayakan program bantuan ini sejak 2015-2017?
-
Senaraikan maklumat penerima bantuan ini mengikut DUN sejak 2015-2017
89) PROGRAM PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU KERAJAAN SELANGOR DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek pembangunan di semua kampung baru di DUN Selat Klang 2004-2008. Senaraikan sejak 2008 hingga sekarang
-
Bekas bangunan sekolah SJKC Wu Teck, Bagan Hailam tersangat uzur, berlobang dan menjadi sarang anjing liar, adakah Kerajaan merancang untuk memulihara bangunan warisan ini untuk menjadi tarikan pelancong kerana kawasan ini sudah menjadi kawasan makanan laut yang semakin popular?
-
Balairaya JKKK Bagan Hailam akan digunakan oleh SPR sebagai tempat mengundi, sedangkan ia dalam keadaan yang sangat dhaif. Bagaimana Kerajaan boleh menaiktaraf agar ianya dalam keadaan kondusif?
89) PENYELENGGARAN JALAN PERSEKUTUAN DI KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diturunkan kepada JKR Kuala Langat untuk tujuan penyelenggaraan kesemua jalan-jalan Persekutuan di Selangor untuk tahun 2019.
-
Berikan perinciannya untuk Jalan Persekutuan FT005, 031 dan 032 di Daerah Kuala Langat.
89) IMPAK GST
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan GST terhadap beban isirumah di Selangor?
-
Adakah wujud kajian terhadap impak GST terhadap rakyat Selangor?
-
Adakah hasil kutipan GST yang diperoleh kerajaan pusat turut diberikan kepada kerajaan negeri Selangor?
89) BAZAAR DARUL EHSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Bazar Darul Ehsan di jalan Kanchong Darat telah lama terbiar dan banyak kerosakan di dalam dan di luar bangunan. Apakah tindakan atau perancangan EXCO usahawan berkaitan bangunan tersebut?
89) STATISTIK PENERIMAAN PROGRAM PEDULI RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sila perincikan setiap program IPR yang telah memberi manfaat kepada DUN Batu Tiga mengikut program, bilangan dan jumlah kewangan yang telah di peruntukan semenjak 2013 sehingga sekarang (terutama SMUE, Peduli Sihat, KISS, Mamogram, TAWAS, Hadiah IPT & Perkahwinan, dan lain-lain)
89) PEMASANGAN BILLBOARD MES DAN AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan ke atas pemasangan Billboard program MES dan Air Selangor
-
Namakan Syarikat yang dilantik
89) JENAYAH DAN KESELAMATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta kerajaan negeri nyatakan usaha untuk meningkatkan 'community policing' untuk dijalankan di semua zon PBT
-
Minta kerajaan negeri jelaskan usaha-usaha untuk mencegah sindiket judi haram
-
Apakah cadangan kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran 'Crime Alert' sebagai perkongsian maklumat kepada rakyat Selangor
