89) NAJIS DADAH DAN PIL KUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terkini berapakah jumlah penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?
-
Sila kemukakan seluruh nama dan jenis dadah yang sering ditemui di pasaran ?
-
Sila nyatakan bagaimanakah cara yang paling mujarab untuk membendung kegiatan dadah di kampung-kampung tradisional dan kampung baru ?
89) GELANGGANG SUKAN UNTUK OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap kemudahan sukan dan rekreasi bagi OKU di negeri Selangor?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi ini?
-
Jika ada, berapakah peruntukan dan di lokasi manakah kemudahan ini akan dibangunkan?
89) PERKEMBANGAN BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi Kerajaan untuk menggalakkan perkembangan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
-
Adakah terdapat insentif untuk menggalakkan Anak Selangor memperkembangkan bidang Sains, Teknologi dan Inovasi di Selangor?
-
Jika ada, sila kemukakan senarai polisi dan insentif berkenaan
89) PENTADBIRAN MASJID-MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Pertukaran pentadbiran masjid-masjid diketuai nazir-nazir masjid di negeri Selangor berlaku mulai awal Jun 2009. Bertanya kepada Y.A.B DATO' Menteri Besar : a) Bagaimanakah kaedah pertukaran ini berlaku?
-
Apakah peruntukan akta JAIS berhubung dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid?
-
Mengapakah ada percubaan untuk mengambil tindakan mahkamah berhubung dengan pelantikan nazir ini contoh dari Puchong?
89) PENGURANGAN HASIL TANGKAPAN NELAYAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah analisis Kerajaan Negeri berkenaan punca pengurangan jumlah tangkapan?
-
Apakah usaha yang dijalankan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil tangkapan?
89) LESEN PENIAGA DI JALAN KE-2, TAMAN LEMBAH MAJU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Kawasan di Jalan ke-2, Taman Lembah Maju adalah kawasan rizab sekolah. Tapak tersebut telah disewa kepada syarikat jual beli kereta. Bagaimanapun, tapak tersebut kini berubah menjadi tapak kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak. Mengapakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak mengambil tindakan terhadap kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak itu?
-
Bilakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan mengambil tindakan?
89) PEMOTONGAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Inisiatif kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) melancarkan Tabung Budi telah dapat membantu mereka yang mengalami tunggakan bil air menikmati bekalan air semula. Mengapakah Kerajaan Negeri mahu menghalang Tabung Budi yang bertujuan murni?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah bil air pengguna yang tertunggak?
-
Adakah masih ramai pengguna yang mengalami masalah bil air tertunggak?
89) TINDAKAN TERHADAP GENESIS ALUMINIUM SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap Genesis Aluminium Sdn Bhd yang telah mengakibatkan pencemaran mangan dan penutupan loji rawatan air Semenyih pada Feb 2015?
-
Adakah ia berjaya didakwa di mahkamah? Jika ya, apakah hukuman? Jika tidak, kenapa?
89) PROJEK PEMBANGUNAN TERJEJAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik Òsupply and demandÓ bekalan air bersih di Selangor dan Wilayah Persekutuan Ð Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 2008 hingga 2012?
-
Apakah langkah proaktif kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan di Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak terbantut?
89) HARI TEMU PELANGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan hari bertemu pelanggan bagi semua-semua PBT di Selangor
