89) PRESTASI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jenis aduan (sampah, jalan, longkang dan lain-lain) setiap bulan dari Januari 2012 ke Januari 2014.
89) HOSPITAL SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah yang menyebabkan hingga kini Shah Alam masih belum mempunyai hospital
-
Adakah dengan pemerintahan baru Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyebabkan Kerajaan Pusat melengah-lengahkan rancangan mendirikan hospital di negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan diperlukan bagi mendirikan hospital di Shah Alam?
89) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah wujud rancangan meluaskan Hari Tanpa Beg Plastik agar program tersebut lebih berkesan?
-
Adakah Rizab Hutan Simpan bertambah atau berkurang sejak Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih dan berapakah pertambahan / pengurangan tersebut?
89) LESEN PENIAGA DI JALAN KE-2, TAMAN LEMBAH MAJU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Kawasan di Jalan ke-2, Taman Lembah Maju adalah kawasan rizab sekolah. Tapak tersebut telah disewa kepada syarikat jual beli kereta. Bagaimanapun, tapak tersebut kini berubah menjadi tapak kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak. Mengapakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak mengambil tindakan terhadap kilang besi, bengkel kereta dan tempat menyimpan tandas bergerak itu?
-
Bilakah Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan mengambil tindakan?
89) KURSUS KEMAHIRAN DI BAWAH KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Difahamkan bahawa semua Majlis Bandaran / Perbandaran mempunyai program kursus kemahiran untuk warga Selangor. Berapakah dana yang di peruntukan untuk program ini?
-
Berapa jenis khusus kemahiran yang berjaya dianjurkan?
-
Bagaimana dengan sambutan dan pengiklanan?
89) SYABAS DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rundingan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan Syabas bagi mengembalikan hak pengurusan air kepada kerajaan rakyat. Sejauh manakah rundingan antara Syabas dengan Kerajaan Negeri Selangor berjalan?
-
Apakah halangan-halangan utama penyelesaian belum dapat dicapai
-
Dengan mengembalikan air kepada Kerajaan Negeri Selangor apakah faedah yang dapat dinikmati rakyat dan negeri ?
89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?
89) PROJEK MENAIKTARAF JALAN FT 3218 KAMPUNG PENDAMAR, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Bilakah pihak JKR akan menaik taraf Jalan FT 3218 Kampung Pendamar daripada 2 lorong kepada 4 lorong memandangkan pertambahan kawasan perumahan dan penduduk di kawasan tersebut sehingga menyebabkan aliran trafik yang tinggi?
89) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak Rumah Selangorku yang telah disiapkan, sedang dibina dan yang belum dibina tetapi telah kebenaran merancangnya telah diluluskan? Sila memberi butirannya mengikut pecahan projek dan pemajunya.
-
Bagaimana harganya boleh dikawal dan pembiayaannya dapat diteruskan oleh pembeli yang permohonan pinjaman banknya tidak diluluskan?
-
Adakah sebarang kuota kaum dikenakan ke atas Rumah Selangorku?
89) URBAN AGRICULTURE
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status perkembangan program pertanian bandar (urban agriculture) ini?
-
Apakah impak segera yang dinikmati oleh masyarakat bandar yang menyertai program ini?
-
Apakah program ini boleh mendatangkan pulangan ekonomi tinggi untuk masyarakat bandar?
