89) STAFF AKADEMIK DI UNISEL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilangan staf akademik di UNISEL dengan member pecahan mengikut keturunan etnik

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang akan dan telah diambil untuk memperlbagaikan keturunan etnik staf akademik UNISEL?

    Klik jawapan »

89) ZOO NEGARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Zoo Negara adalah sebuah pusat pelancongan bertaraf dunia yang berada di Negeri Selangor. Apakah sumbangan Zoo Negara yang berada di dalam Negeri Selangor secara langsung kepada ekonomi dan sumber pendapatan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kewujudan Zoo Negara telah memberi peluang pekerjaan serta sumbangan dalam meningkatkan pendapatan penduduk tempatan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memanfaatkan industri pelancongan negeri dengan wujudnya Zoo Negara dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

89) PROJEK MENAIKTARAF JALAN FT 3218 KAMPUNG PENDAMAR, PELABUHAN KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Bilakah pihak JKR akan menaik taraf Jalan FT 3218 Kampung Pendamar daripada 2 lorong kepada 4 lorong memandangkan pertambahan kawasan perumahan dan penduduk di kawasan tersebut sehingga menyebabkan aliran trafik yang tinggi?

89) SKIM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah adanya tempoh sah laku permohonan bagi pemohon bukan Islam iaitu 3 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan yang terdapat di dalam borang Insentif Perkahwinan Belia (2.1.6)

    Klik jawapan »

89) SEKOLAH AGAMA MENENGAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Masyarakat Islam di Selangor amat memerlukan Sekolah Agama Menengah tetapi kewujudannya tidak mencukupi. Apakah tindakan yang diambil kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam?

    Klik jawapan »

  2. Setakat 2008-2011 berapa ramai pelajar yang dapat ditampung belajar di Sekolah Agama Menengah di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang memberi subsidi bagi pihak swasta yang mendirikan Sekolah Agama Menengah?

    Klik jawapan »

89) Bantuan Anak Istimewa (ANIS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Berapa lamakah tempoh masa sesuatu permohonan ANIS diproses?

    Klik jawapan »

  2. Mohon nyatakan jumlah peruntukkan serta keberkesanan Bantuan Anak Istimewa (ANiS) dalam tahun 2020 terutama dalam membantu golongan berkenaan dalam pendemik Covid-19

    Klik jawapan »

89) PRESTASI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengikut jenis aduan (sampah, jalan, longkang dan lain-lain) setiap bulan dari Januari 2012 ke Januari 2014.

    Klik jawapan »

89) TINDAKAN TERHADAP GANGGUAN BEKALAN AIR OLEH PROJEK WCE

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Air Selangor terhadap gangguan bekalan air oleh Projek WCE pada 4hb Mei 2020.

    Klik jawapan »

89) HOSPITAL SHAH ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah yang menyebabkan hingga kini Shah Alam masih belum mempunyai hospital

    Klik jawapan »

  2. Adakah dengan pemerintahan baru Selangor di bawah Pakatan Rakyat menyebabkan Kerajaan Pusat melengah-lengahkan rancangan mendirikan hospital di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan diperlukan bagi mendirikan hospital di Shah Alam?

    Klik jawapan »

89) PRESTASI YDP, TYDP DATUK BANDAR DAN TIMBALAN DATUK BANDAR PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kehadiran setiap YDP, TYDP, Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis di Selangor selain MDKL dan MBPJ bermula Julai 2018 hingga sekarang.

    Klik jawapan »

  2. Berikan latar belakang akademik dan jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh pegawai-pegawai ini sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

    Klik jawapan »