91) EKO-PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur dan aktiviti eko-pelancongan di negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2012.
-
Sila nyatakan aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan eko-pelancongan di negeri Selangor menjadi sumber pendapatan kepada penduduk tempatan sepanjang tahun 2009-2012.
-
Sila nyatakan usaha kerajaan negeri untuk memberikan insentif kepada pemilik-pemilik tanah yang mengusahakan eko-pelancongan terutamanya di Dusun Tua.
91) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti yang sering dilanda banjir kilat mengikut PBT?
-
Apakah langkah-Iangkah jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang membina terusan dan kolam tadahan atau tasik bagi memperbaiki sistem pengairan sungai utama bagi mencegah banjir di Negeri Selangor dan sila senaraikan lokasi-Iokasi berkenaan
91) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2016?
-
Sila nyatakan secara perbandingan prestasi pelaburan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri lain bagi setengah tahun pertama 2016?
-
Sila senaraikan 10 Negara utama yang membuat pelaburan di Negeri Selangor?
91) USAHAWAN TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pembangunan usahawan tani adalah salah satu agenda negeri dengan peruntukan RM 3.2 juta untuk pembangunan pertanian. Nyatakan bilangan usahawan tani mengikut daerah yang telah dibangunkan?
-
Apakah bidang-bidang pertanian yang dijadikan fokus dan berdaya maju untuk diceburi ketika ini?
-
Apakah strategi kerajaan untuk mengembangkan potensi usahawan tani?
91) FOOD STAMP
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Berapakah caj pengurusan yang dikenakan oleh Hijrah Selangor dalam mengendalikan Skim Food Stamp?
-
Senaraikan semua pembekal food stamp yang terlibat termasuk pembekal barangan dan pembekal logistik yang dilantikkan oleh Hijrah Selangor bagi skim Food Stamp.
91) ISU Peniaga Pasar Baru Selayang Baru
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Peniaga pasar baru Selayang Baru memohon supaya caj parkir di kawasan tersebut dimansuhkan. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah ini?
-
Bagaimanakah cara yang bakal kerajaan negeri lakukan bagi mengatasi isu air bertakung di kawasan bawah PAsar Baru Selayang Baru
91) GRED-GRED PENGARAH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan gred-gred semua pengarah di Majlis Perbandaran Klang.
-
Adakah semua pengarah mendapat gred yang telah diberi oleh JPA?
91) PELABURAN DALAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Pelaburan dalam negeri. Nyatakan statistik jumlah pelaburan masuk ke Selangor dari tahun 2010-2015.
-
Nyatakan jumlah sasaran pelaburan masuk yang ditetapkan Kerajaan Negeri pada tahun 2016.
91) WIFI BERKELAJUAN TINGGI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah WiFi hotspot yang telah wujud sehingga Jun 2015 mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah kos yang telah digunakan sehingga kini sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bajet 2015?
91) PERPUSTAKAAN NEGERI DAN KEMPEN MEMBACA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif dan strategi terbaru yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan rakyat Selangor selain menggalakkan mereka membaca buku di perpustakaan?
-
Apakah strategi terkini perpustakaan bagi menawarkan perkhidmatan terbaik sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kerana kemunculan teknologi kini lebih menarik minat pembaca untuk membaca menerusi internat?
